CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 30, 2010

Pandangan islam tentang air/minyak selusuh


Untuk yang tak tahu apa itu minyak selusuh, di bawah ini adalah Petikan Artikel dari Majalah Pa & Ma Keluaran Mac 2009

Air selusuh digunakan sebagai SUATU IKHTIAR yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Dari segi hukum Islam, air selusuh adalah HARUS. Asalkan tidak bercanggah dgn Islam iaitu bacaan yang mengandungi jampi yang karut.

Di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan :
" Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang2 yang beriman." Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menganggap selusuh mempunyai kuasa untuk mempermudah bersalin. Ingatlah bahawa ia hanyalah ikhtiar yang diharapkan dapat membantu proses kelahiran yang lancar dan selamat.

Antara bahan yang boleh digunakan sebagai selusuh ialah air masak, minyak kelapa muda, minyak zaitun, minyak masak, kurma atau kismis.A nda dan suami digalakkan memperbanyakkan membaca doa Nabi Yunus dan doa ketika mengandung serta doa agar dijauhi gangguan syaitan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails