CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, July 22, 2010

Merancang jantina anak


Bagaimana merancang jantina?
Berikut adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.
Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.
Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:
Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Merancang anak lelaki
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Apapun segalanya adalah takdir Allah. Kita hanya mampu berusaha..

Untuk dapatkan anak lelaki
1- banyakkan makan sayur untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- deep penetration, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ni laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki
Untuk dapatkan anak perempuan
1- banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum

Rujukan: Lubuk Petua Warisan


Tuesday, March 30, 2010

Pandangan islam tentang air/minyak selusuh


Untuk yang tak tahu apa itu minyak selusuh, di bawah ini adalah Petikan Artikel dari Majalah Pa & Ma Keluaran Mac 2009

Air selusuh digunakan sebagai SUATU IKHTIAR yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Dari segi hukum Islam, air selusuh adalah HARUS. Asalkan tidak bercanggah dgn Islam iaitu bacaan yang mengandungi jampi yang karut.

Di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan :
" Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang2 yang beriman." Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menganggap selusuh mempunyai kuasa untuk mempermudah bersalin. Ingatlah bahawa ia hanyalah ikhtiar yang diharapkan dapat membantu proses kelahiran yang lancar dan selamat.

Antara bahan yang boleh digunakan sebagai selusuh ialah air masak, minyak kelapa muda, minyak zaitun, minyak masak, kurma atau kismis.A nda dan suami digalakkan memperbanyakkan membaca doa Nabi Yunus dan doa ketika mengandung serta doa agar dijauhi gangguan syaitan.

petua & teknik memudahkan proses kelahiran normal


satu harini aku banyak habiskan mase dgn online je. mencari info-info tentang nak bersalin. aku ade terjumpe kat satu blog ni isu tentang teknik & cara proses kelahiran normal. so aku ingat nak share ngn korg.

1. Mula bernafas cara ’Early labour breathing”

2. Mula
minum air selusuh. Sebelum minum, selawat, baca al-fatihah dan berdoa "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan sempurna.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

3. Kalau ada minyak selusuh,
sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut, pangkal paha, paha dan pinggang. Kemudian Selawat dan minum sesudu sambil berdoa.. ",Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan selicin minyak ini.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

4.
Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia.

5.
Sekiranya contaraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.

6.
Banyakan zikir doa keampuanan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..

la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”.
dan banyakkan doaYa Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini.”
 
PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI - Proses meneran utk keluarkan baby

1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorg khalifah Allah ke dunia.

2.
Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.

3.
Posisi semasa nk melahirkan..Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran.

4.
Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan.. Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.

Rumusannya..
 

Ini adalah sekadar panduan sahaja. Keadaan sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza semasa melahirkan seorang manusia. Apapun kita hanya mampu merancang dan berdoa moga dipermudahkan proses kelahiran ini. Dan yang penting kongsilah petua ini dengan suami atau birth partner, kerana semasa sedang sakit, segala ilmu, petua dan teknik yang telah dipelajari dan dikutip mungkin akan hilang dan terlupa dek kerana menahan sakit. Oleh itu perlu adanya seseorang yang berada disamping kita semasa proses kelahiran tersebut untuk mengingatkan kita. Mudah-mudahan dipermudahkanNya... Amin..


Wednesday, March 24, 2010

Amalan memudahkan bersalin

Surah An-Nahl: ayat 78-80

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/beranak/melahirkan anak, insya-Allah.

***************************************************
  "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".


Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin


Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.
Wallahu a'lam.
 


Tanda-tanda bersalin



2hari lepas aku ade terbaca blog my fren; syara. dalam blog dea bercerita tentang tips2 mudah bersalin. aku ingatkan aku je yg sebok2 mencari tips dalam internet. tengok2 dea pn same hehe..mayb tu la habit sume org yg pregnant kan..harini aku pun ade searching kat google. pastu ade terjumpa tanda-tanda nak bersalin. so aku ingat nak share same2;)

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja. Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mensyakki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.



Monday, March 22, 2010

cerita buah manjakani

 ni la buah manjakani, rupe pun dah nampak keras 
cam batu kan hehe..

sejak balik ke bangi ni aku mcm takde mase lagi nak berehat2 hehe, bukan bz buat keja pn. cume maklumlah baru je sampai ade jek aktiviti bersama family. jalan sane, jalan sini, makan sane, makan sini, emm..tambah2 la Kg aku ni nnt kot hehe. dr awal pregnant smpai skng ni alhamdulillah berat aku taklah mendadak sgt naik. bukan nye aku berdiet, tapi takut bahye jek berat blebihan nanti. dr awal pregnant smpai hari ni berat aku lebih kurang 8kg naik. hehe banyak jgk tu. tapi ok la kan;) lepas ni taktau la sng turun ke tak aku ni. risau jgk kalau ssh nak kembali bentuk asal cewahhh! macam berat asal slim sgt hahaha!..insyallah mase pantang nanti aku akan pantang sepantang2 nye.hehe harap2 takde la gangguan utk aku breasfeed nanti..semalam sepatutnya nak beli 'buah manjakani' utk buat jamu sendiri. tq utk kak ipar. sebab atok dea yg mengajar betapa bagus nya jamu manjakani yg buat sendiri ni.

nak buat jamu ni tak la susah sgt. cume 'buah manjakani' tu keras mcm batu. so, utk nak jadikan jamu kite kene tumbuk sehingga halus. em taktau la bape lame plak nak menumbuknya tu. hehe sian my dad. tapi utk aku segala2nye dea sggp buat. tq dad! hehe. buah manjakani tu lepas tumbuk hancur, boleh la di simpan utk kegunaan mase bpantang nanti. byk sgt kebaikan manjakani ni. selain mempercepatkan baik luka, mmg sgt bagus utk org yg lepas pantang. serbuk manjakani yg kite tumbuk tuh, ambik air sket, pastu gentel2 kan..haaa skejap jek dea terus beku jadi cm sebijik jamu. gentel la besar mcm bijik kacang tu. serbuk tu terus keras ibarat mcm boleh cpt kan baik rahim kita. selain pada tu, bagi yg jahitan mayb terlalu banyak, serbuk ni boleh jgk di sapu kat tempat luka jahitan tu. memang sgt cepat sembuh.


semalam aku sempat lg bershopping dgn family. bukan shopping byk pun. tinggal tgk sket2 mane barang yg takde je lagi. mcm tilam bantal baby aku beli asing yg utk kat bangi. sng sket tak payah la nak kene berangkut bwk balik nnt kan..smalam cume pegi jusco je. brg baby tk byk beli pun, sbb dah prepare dr sane. sume beli brg2 aku je macam nursing bra, dispo panties for maternity, stokin, etc. lame tak jalan2 ngn family, happy sgt;) sampai2 jusco tu jek perut aku dah kene tendang2 tanda lapa la tuh hehe..terus makan pizza. nyamm! dapat jgk makan my fav speggeti;)

menu fav aku kalau di pizza, nyummy! wajib order oke;)

kalau makan piza ngn family, mesti pilih piza ni; island supreme

p/s; bagi yg nak berpantang lepas ni, ape kate cube try buat jamu manjakani tu sendiri. same2 la kite mencuba eh, hehe slamat mencuba!


Friday, March 12, 2010

Berpantang secara Tradisional


1.RAWATAN TRADISIONAL
Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang. Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang.Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu. Antara rawatan tersebut adalah bertungku,
berurut, mandi herba dan mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum.

2.Bertungku
Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Biasanya tungku diperbuat daripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.
          Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau  daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.
Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
          Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang

3.Berurut menyegarkan badan
Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti  pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.
Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.
          Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi.
4.Mandi
Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur. 
5.Mandi dedaun
Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.
          Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ( Vitex negundo ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai ( Lawsonia terma ), daun bonglai, daun mengkudu ( Morinda citrifolia ) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.

6.MEMAKAI BENGKUNG
Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis. Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin
          Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel ( ubat barut ) yang dicampurkan dengan lima titik minyak kayu putih, tiga titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis. Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut.

7.Minum air akar kayu dan jamu
Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional. Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.
          Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan. Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.

8.Makanan berkhasiat untuk yang berpantang
Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering  bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.
           Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang.



Monday, March 8, 2010

Kebaikan membedung bayi


 Jom tengok mengenai bedung bayi

Bedung bayi merupakan hal yang tak asing lagi bagi kita, meskipun pada kenyataannya kita tak tahu apa kegunaan dari membedung bayi dan apa bahayanya jika tidak dipakaikan dengan hati-hati.

Kebaikan Bedung Bayi

Membedung bayi bukan hanya bermanfaat untuk menghangatkan bayi namun juga mengurangi resiko terjadinya SIDS atau kematian mendadak pada bayi saat tidur. Dengan membedungnya, bayi akan berada pada posisi terlentang saat tidur. Bedung bayi dapat dilakukan dari semenjak anak lahir hingga mereka bisa menggulingkan badannya.

Yang harus anda perhatikan tidak semua bayi merasa nyaman dibedung. Jika bayi anda terus berontak ketika dibedung, pilihlah alternatif lain dengan memakaikan sleeping bag bayi, yang mempunyai fungsi yang sama dengan bedung.

Sebaiknya anda tidak membedung bayi anda jika anda dan bayi masih berkongsi tempat tidur. Membedungnya akan membuatnya merasa kepanasan (boleh menyebabkan SIDS).

Pakaian yang harus dipakai saat bayi dibedung

Pakaikan bayi anda baju yang sesuai dengan musim dan iklim disekitarnya, dan jangan biarkan kain bedung menutupi mulut atau kepalanya.

Ketika cuaca sedang panas, pakaikan bayi anda hanya selimut agar mereka tidak merasa kepanasan, sebaliknya jika cuaca dingin, pakaikan mereka jumpsuit ringan. Hindari memakaikan baju yang berbahan tebal atau selimut. Pastikan bedungan anda tidak menutupi kepala, telinga, dan dagu, karena akan menghalangi pernafasan mereka dan meyebabkan kepanasan.

**********************************************************************************

kat bawah ni aku nak share cara-cara membedung baby newborn,
jumpa ni pun kat dalam you tube;



bagi baby yang berusia lebih kurang 2month;


selamat mencuba!

**********************************************************************************



Wednesday, March 3, 2010

Stem Cells?


Tahukah anda bahawa darah tali pusat boleh menyelamatkan anda, keluarga anda ataupun ramai orang lain? Tahukah anda ianya bernilai puluhan ribu ringgit? Malah untuk mencari darah yang “matching” dengan darah anda boleh mencecah ratusan ribu ringgit?

Apakah darah tali pusat atau biasa disebut sebagai “Stem Cells”?
 
  • Darah tali pusat (cord blood) atau disebut “placental blood” adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong.
  • Darah di dalam tali pusat bayi anda ini adalah sumber “stem cell” yang sangat bernilai yang secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.

Apakah “stem cells?
 
  • Stem Cells ialah “master cells” kerana dari “sel master” inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain.

  • Stem cell yang ada di dalam “tali pusat” ini adalah “building blocks” kepada darah dan sistem pertahanan yang biasanya akan ditukarkan kepada:
-       Sel Darah Merah
-       Sel Darah Putih
-       Platelets (Sel yang akan memulihkan kecederaan)
 
Sel stem manusia boleh diprogram untuk menjadi sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah. Oleh itu, ia boleh diguna untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang.
 
Terdapat dua punca utama untuk sel stem:

  • Sel stem dewasa.
Ia boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan ada kalanya sukar untuk diperoleh (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).
 
  • Sel stem embrionik.
Sel ini diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh (in-vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik). Terdapat suatu perbahasan moral dan etika yang hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio untuk penyelidikan.
 
Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik. Kira-kira 100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanak kanak.
 
Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi darah periferal termasuk:
 
  • Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sumsum tulang.
  • Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.
 
Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:
 
  • Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi.

Senarai keperluan Ibu Berpantang


 Sebagai ibu bapa baru, tentu seronok untuk menimang cahaya mata. Tapi jangan lupa untuk menyediakan kelengkapan diri sendiri. Persediaan awal untuk kita juga penting, akan membantu diri kita lebih mudah ketika berpantang

Pakaian
  1. Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah berpeluh. 
  2. Kain batik – senang pakai kain batik kerana perut yang besar dan kain batik free size
  3. Pad bersalin – saiz lebih besar dan lembut berbanding pad period biasa
  4. Stokin – untuk elak kaki kesejukan dan angin masuk ke badan
  5. Bengkung/barut – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut

Makanan kesihatan/tambahan
  1. Susu – bergantung pada individu. 
  2. Pil tambahan kesihatan - bagus untuk memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor
  3. Jamu/herba bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan jamu/herba itu sesuai untuk kita. Jika ingin menyusu badan ada jamu/herba yang tidak sesuai.
Penyusuan badan
  1. Nursing bra – memudahkan penyusuan dan tidak merosakkan bra jika menggunakan bra biasa
  2. Bantal menyusu – mudah untuk menampung bayi, boleh gunakan bantal biasa namun mungkin kurang selesa. Jika tidak agak penat memegang bayi untuk tempoh lama
  3. Pad alas payudara - untuk elak susu melimpah. Kadang-kadang payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu. Sesuai untuk ke pejabat, ada masa susu akan keluar dengan sendiri.
  4. Breast pump feeding set – ada jenis manual, bateri dan eletrik. 
  5. Poncho menyusu – sesuai jika ingin menyusu bayi di luar rumah

Lain-lain
  1. Bidan/tukang urut – sekarang terdapat yang untuk spa dan untuk mengurut bersalin. Pastikan mereka mahir mengurut untuk bersalin.
  2. Batu tungku - bergantung pada keperluan. Bagus untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak. 
  3. Buku-buku panduan kesihatan, kelahiran dan penjagaan bayi – terutama bersalin anak sulung. Kadang kita lihat atau fikir mudah untuk menguruskan bayi. Namun sebenarnya bila kita perlu menjaga sendiri keadaan berbeza. 
Adalah baik membuat persediaan awal. Agar tumpuan sebenar ketika pantang adalah menjaga bayi dan mengamalkan jagaan kesihatan yang betul untuk ibu supaya cepat sembuh.


Saturday, February 27, 2010

Tips banyakkan susu


salam,
bila tgk mane2 website tentang isu pregnant, pasti tak tinggal problem masalah kurang susu di kalangan ibu selepas bersalin. seperti yg semua org tahu susu ibu adalah susu yg sgt baik utk bayi. Ade sesetgh mummy yg awal2 pregnant lg dah siap2 preparation memperbanyakkan ilmu tentang penyusuan susu ibu. camtu jgk dgn aku. ni pengalaman pertama, so memang sgt la 'zero' jadi aku terpakse buat banyak survey, searching internet, and banyak tanye kepada org yg lebih berpengalaman..Setiap org memang dikurnikan susu yang cukup utk baby yg baru di lahirkan. jadi kalau ade separuh2 ibu yg mengatakan susu nya tak cukup adalah mitos..insyallah Allah permudahkan segala urusan penyusuan nanti..kat bawah ni ade beberapa tips yg dapat aku nak share bersame korg..mane tahu kite same2 boleh cube kan:)

  1. Paling penting iaitu mind-set. Always think positive to breastfeed baby
  2. Niat dari awal untuk breastfeed 100%
  3. Minum air barli, longan kering, soya dan air zam-zam
  4. Bersihkan n*pple dgn air suam
  5. urut B utk stimulate
  6. urut daripada bahu kita sampai la ke B sebab urat2 yg mengeluarkan susu ada kat situ
  7. urut2 n cuci2 B ngan minyak baby
  8. bacalah ‘ya matin’ 70kali(al-matin ialah nama ALLAH dlm asmaul husna), dan tiup pada segelas air kosong dan minum air tu
  9. banyakan baca surah al-hujurat
  10. menyusukan newborn baby 1 hour after deliver
Insyallah dengan ikhtiar and semangat kite mampu menyusukan bayi secara ekslusif..ni jela yg dapat aku share utk entry kali ni. ade mase nanti kite sambung lagi hehe.. tata, selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails