CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Sunday, July 18, 2010

Panduan penyusuan susu ibu bg yang bekerja


 Mengapa perlu memerah susu ibu?
  • Ia menyebabkan bekalan susu ibu tidak putus. 
  • Ia adalah makanan terbaik untuk bayi.  
  • Ia mengurangkan risiko bayi terdedah kepada pelbagai penyakit dan alahan
  • Ia mengelakkan dan mengurangkan bengkak payu dara. 
  • Ia mengelakkan infeksi atau radang payu dara (mastitis).    
Banyak Mana?
  • Memerah susu mungkin sukar dilakukan pada mulanya tetapi akan menjadi lebih mudah setelah dilakukan selalu. Jangan putus asa jika pada mulanya hanya memperolehi sedikit saja susu. Ibu-ibu yang sudah biasa memerah susu mereka boleh memperolehi bilangan susu yang banyak dalam 15- 20 minit. Kuantiti susu yang diperolehi berbeza-beza pada setiap masa perahan dibuat. Umur dan berat badan bayi juga akan menentukan kuantiti susu yang perlu ditinggalkan untuk bayi. 
Cara Memerah Susu Dengan Tangan
  • Sebelum memerah susu ibu, urut payu dara anda terlebih dulu. Tekankan kedua-dua belah tangan secara mendatar di atas badan di kedua-dua sisi payu dara. Lengan mestilah tegak di tepi. Sambil menekan dengan kuat, gerakkan jari secara perlahan-lahan ke bahagian puting dan areola. Untuk mengeluarkan susu dari lactiferous sinus, tekan dengan perlahan-lahan bahagian areola menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
Cara Mengelakkan Reflaks-Let Down
  • Refleks let-down atau pancutan susu adalah penting untuk ibu mendapatkan susu yang banyak semasa memerah. Takungan susu tidak akan keluar sekirnya keadaan ibu tidak tenteram dan releks. Proses let-down boleh berlaku bila ibu menggambarkan wajah bayinya sedang menghisap susu semasa memerah susu. Beberapa cara untuk mendapatkan refleks let-down ialah :
  1. Releks dan perah susu di tempat yang sunyi dan jauh daripada segala kebisingan
  2. Letakkan tuala suam ( demah) di atas payu dara.
  3. Urut payu dara secara perlahan-lahan dan cuba bayangkan wajah bayi anda sedang menyusu.
Jika memerah susu di rumah, tunggu selama 30 -40 minit selepas anda menyusui bayi sebelum membuat perahan. Proses ini memberi masa untuk 'kilang susu' membuat tambahan.   

Saturday, July 17, 2010

stock susu;EBM


mesti sume pelik pikir nape lah aku yang dok rumah ni sebok nak bt stock susu. kalau ikutkan hati ni mmg malas sgt nak pump n simpan susu. lagi best bg direct kan, sng sket hehe. tapi disebabkan aku takut kalau tibe2 company akak ipar en.suami panggil keja ke, kan dah payah if aku tak ready susu.
cewahh mcm nak keja sgt je bunyi aku ni kan. haha kalau ikutkan dh sedap dok umah jg baby:D aku br je star sket bt stok susu ni. harap bjaya la jd pengumpul susu yg bjaya hehe


Bekas yang sesuai digunakan untuk menyimpan ASI:
  • Bekas kaca aalah yg terbaik, tetapi amat sukar utk dikendalikan
  • Bekas plastik atau botol susu yg bebas BPA
  • Bekas plastik berbucu keras (spt Tupperware)
  • Bekas dadih; boleh digunakan 3x sebelum dibuang
  • Breast Milk Storage Liner khas utk EBM
Berapa lama ASI boleh bertahan dalam suhu bilik?
  • Jika bilik ber aircond (15oC - 25oC) ; boleh bertahan 6-8jam
  • Jika bilik tidak ber aircond (25oC - 37oC) ; tidak lebih dari 4jam
Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
    sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails