CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 31, 2010

ohh air selusuh

2 hari lepas, sebok bercerita pasal air/minyak selusuh dgn my mom. then tergerak hati my mom ajak ke Harun Din utk dapat kan air selusuh. benda ni kita tak boleh la bergantung harap 100% cume sekadar ikhtiar je. ape yang pasti Dia juga yang menentukan;) jadinya pagi tadi lepas je breakfast terus je menuju ke Darussyifa Bangi. nak ke tempat tu tak lah menjadi masalah pun, sebab dekat sgt. belakang je dgn sekolah Menengah aku rumah Harun Din tu, kat seksyen 2 Bangi. tapi kalau nak jumpe dgn Harun Din mmg ssh la sgt. lagipun Harun Din cume ade hari Selasa je kalau tak silap aku. so jumpe anak2 murid dea pun ok la kan..sampai2 sane dkt pukul 10 kot. tu pun tgk org dah ramai Q.

Sampai2 sane je kene register name dulu. mase tu aku tgk baru no 30 kot. aku ni 52. wahh taktau la bape jam kot nak selesai kan. hehe tapi ape salah nye tunggu sekejap yang penting niat datang tu hati bersih. sambil menunggu sembang2 la dgn orang2 kat situ. macam2 ragam ade. ade yg kene buatan orang. ade yang nak berubat sakit. mcm2 lg la yang ikhtiar nak berubat kat situ. dekat sejam juga aku dok tggu kat situ, try la pegi tgk no. still dekat 10 org lg kot. huhuh..sabar fariza!;D tibe2 ade sorg anak murid dea ni, datang bawak sekotak 'air penawar Hafiz' iaitu kombinasi campuran Air Gau Tasnim & Air Zam-Zam.
Air ni dibaca dgn ratusan juzu' Al-Quran oleh guru & pelajar Hafiz. ia nya juga telah disolat hajat dan dibacakan Hizbul Bahri, Hizbul Al Nawawi, wirid-wirid Al-Quran dan hadis yang diterima oleh Darussyifa.

Cara menggunakan : 
1.Membaca Al-Fatihah dan selawat
2.Niat dalam hati
3.Menaruh keyakinan penuh pada Allah swt

Khasiat Khusus :
1.Mengubati gangguan jin dan iblis
2.Penawar Hati
3.Air selusuh utk bersalin
4.Pelaris makanan 

nak di pendekkan cerita, aku terus je beli air penawar tu. takde la aku Q lagi hehe..balik dgn tenang. cewahh!:p malam tadi taktau nak makan ape, so singgah minum kat kedai d'limau nipis. aku tak makan pape pun cume dah lame sgt tak merasa air limau nipis special dea. 

mase awal2 dulu mcm suke jgk la order air ni

pastu tibe2 rase nak makan berger. kalau kat Bangi ni ade rase beger paling sedap beger Otai la kot. yeke? taktau la kan. setakat ni aku makan memang beger Otai ni jela yg kene dgn tekak aku. aku tapau bawak balik je. my mom pn sebok nak jgk tuh. heh! order la dua, satu daging spesel satu lg ayam biase. puas hati jgk la dapat makan setelah sekian lame tak dpt makan. rs nye dkt setahun kot dh tak makan beger ni. sejak lepas kawen mmg lansung takde makan lg hehe. yummyy!


Tensen betul la on9 kat Bangi; pakai Broadband uhh! lembab gile nak upload gambar, line pun terok sgt sgt, memang sakit hati jgk kadang2. bak kate my fren ecah 'boleh masuk ICU aku kalau pakai broadband' haha ok la, jmpe lagi next time, tata!

p/s; untuk sesiapa yang mayb ade masalah ape2 baik kesihatan luar/ dalaman boleh la cube cari air penawar hafiz tu di Darussyifa. insyallah..Rasulullah SAW telah bersabda "Air Zam-Zam adalah ubat segala penyakit mengikut apa yang diniatkan oleh si peminumnya"



Tuesday, March 30, 2010

Pandangan islam tentang air/minyak selusuh


Untuk yang tak tahu apa itu minyak selusuh, di bawah ini adalah Petikan Artikel dari Majalah Pa & Ma Keluaran Mac 2009

Air selusuh digunakan sebagai SUATU IKHTIAR yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Dari segi hukum Islam, air selusuh adalah HARUS. Asalkan tidak bercanggah dgn Islam iaitu bacaan yang mengandungi jampi yang karut.

Di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan :
" Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang2 yang beriman." Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menganggap selusuh mempunyai kuasa untuk mempermudah bersalin. Ingatlah bahawa ia hanyalah ikhtiar yang diharapkan dapat membantu proses kelahiran yang lancar dan selamat.

Antara bahan yang boleh digunakan sebagai selusuh ialah air masak, minyak kelapa muda, minyak zaitun, minyak masak, kurma atau kismis.A nda dan suami digalakkan memperbanyakkan membaca doa Nabi Yunus dan doa ketika mengandung serta doa agar dijauhi gangguan syaitan.

petua & teknik memudahkan proses kelahiran normal


satu harini aku banyak habiskan mase dgn online je. mencari info-info tentang nak bersalin. aku ade terjumpe kat satu blog ni isu tentang teknik & cara proses kelahiran normal. so aku ingat nak share ngn korg.

1. Mula bernafas cara ’Early labour breathing”

2. Mula
minum air selusuh. Sebelum minum, selawat, baca al-fatihah dan berdoa "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan sempurna.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

3. Kalau ada minyak selusuh,
sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut, pangkal paha, paha dan pinggang. Kemudian Selawat dan minum sesudu sambil berdoa.. ",Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan selicin minyak ini.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

4.
Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia.

5.
Sekiranya contaraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.

6.
Banyakan zikir doa keampuanan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..

la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”.
dan banyakkan doaYa Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini.”
 
PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI - Proses meneran utk keluarkan baby

1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorg khalifah Allah ke dunia.

2.
Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.

3.
Posisi semasa nk melahirkan..Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran.

4.
Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan.. Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.

Rumusannya..
 

Ini adalah sekadar panduan sahaja. Keadaan sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza semasa melahirkan seorang manusia. Apapun kita hanya mampu merancang dan berdoa moga dipermudahkan proses kelahiran ini. Dan yang penting kongsilah petua ini dengan suami atau birth partner, kerana semasa sedang sakit, segala ilmu, petua dan teknik yang telah dipelajari dan dikutip mungkin akan hilang dan terlupa dek kerana menahan sakit. Oleh itu perlu adanya seseorang yang berada disamping kita semasa proses kelahiran tersebut untuk mengingatkan kita. Mudah-mudahan dipermudahkanNya... Amin..


Sunday, March 28, 2010

check up 37week

 harini genap usia kandungan baby ni 37week. macam tak percaya je saat yg di tunggu2 dah makin dekat..kalau ikutkan hati ni memang nak cepat je lepas kan sume2 ni. tapi aku rase mcm takut jek nak tempuh detik2 tuh. lagi2 aku ni  first time and '0' experience. bile dgr org cerita macam2 pendapat ade. ade yg kate ' kejap jek branak ni, ko jgn la risau, push jek terus keluar baby' ade plak, 'sakit gile beranak ni, cukup la sekali je, tak sanggup lg dah' uwaaa.. aku ni terpinga2 jek haha. maklum la aku tak dpt nak gambar kan lagi ape perasaan mase n ketika saat nak bersalin tu.  cume pengalaman and crite2 org tu aku buat iktibar je;)

tadi kirenye masuk minggu ke2 aku dah buat checkup kat bangi ni. macam biasa la kan, bile dah checkup kt klinik kesihatan ni, terpakse la membuang mase yg sgt lame. kadang tu no tak la byk sgt. tapi pelik dkt sejam jgk nak kene Q no. uhh! sabar je la aku..tadi checkup everything ok. my baby pn sume ok, ibu dea pn ok. berat dalam semnggu ni just naik 0.04kg. sebaik tak naik byk, risau jgk sbb smalam kenduri byk makan daging hehe. Doc bgtau anytime jek baby boleh keluar. debar je rase mase tuh..kat klinik td tgk org pegang baby happy je..tapi apsal aku mcm takut jek nak tempuh saat tu?iskk..

"ya Allah, kau tenangkanlah hati aku, kurniakan kepadaku di sisimu zuriat yang baik & sempurna. Sesungguhnya  Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hambamu"

p/s: aku nak mohon maaf kat sume terutama sekali utk en.suami yg tersayang, mak & abah serta kawan2 yg mengenali..mane tau selama ni aku ade tersalah kate @ bahasa..doa kan aku ye kawan2. semoga aku tabah hadapi detik and saat tu. aminn..

Saturday, March 27, 2010

Earth Hour Malaysia 2010


 Earth Hour Malaysia 2010
Date: 27 March 2010,
Saturday
Time: 8.30pm - 9.30pm

p/s: sebenarnye aku tak sempat nak join 'earth hour' tahun ni,hehe sedar2 jek tengok jam dah dkt kul 9pm. terus malas nak padam sume lampu:p. harap2 korg sume tak tiru sikap aku la ye, peace!:D


Thursday, March 25, 2010

tq fren

2hari lepas tummy aku dah mule cam rase tak selesa. disebabkan ade satu malam blaku nye kekejangan kaki. sbaik skejap jek kejadian tuh, lega rase. ingatkan tande2 bsalin dah dekat. risau jgk. sbaik belum ade tanda2 yg ketara lagi. sejak semalam tummy aku dah rase mcm ringan. aku pun pelik. ade artikel tu aku bace kalau dah ringan tuh tanda bby dah ke bawah n mayb dah nak keluar. debar jek rase. hehe..

semalam memang takde plan ape2 pun. my fren ecah n sarah datang umah. tq sebab sudi nak melawat aku, haha padahal tak bersalin pun lagi. takde plan pun nak pegi makan sicret recipe area bdekatan. terus je pegi mase tuh. sedap jgk dapat makan cake fav aku hehe. ape lagi kalau bukan choc indulgance. tQ utk ecah sebab belanja kami makan. wahh sedap nye makan free hehe:p jgn marah auntie ecah! menu aku ngn ecah same jek tp lupe la nasik ape ktorg order. sarah mcm biase makan lasagna dea hehe..sempat la curik makan sket. sedap2! 

mesti korg terliur tgk menu ktorg ni kan yummy!

cake kami order choc indulgance ngan cheese cake oreo, sampai licin la makan smlam haha..

sempat la ktorg borak panjang. lame jugak dah tk jmp ngn dorg berdua ni. rasenye sejak kawen kot hehe..maklumlah aku pun dah dok kedah kan. tu yg jadi susah je nak jmpe. yang kelakar nye smalam si ecah ni tak abih2 nak pegang tummy aku. siap nak cucuk perot suh my baby gerak haha, last tuh aku bg pegang perot, terkejut dea bile rase baby kick hahah..sian dea dah lme sgt nak rase tummy aku. sbaik baby sempat gerak time dea ade;) lepas abih sembang2 ktorg balik terus. lagi pun my mom risau aku jalan jauh sgt hehe..

ni ade eskem ngn strawberri sedap jgk


petang tu keluar ngn family plak. nak carik bank sampai ke Putrajaya. hujan lebat gile mase tuh. berserta angin yg kuat, smpai tak nampak jalan. terpakse benti kt stesen minyak tunggu ujan reda sket. lpas settle g bank. terus ke Alamanda,cadang nak pegi carik bakul utk isi barang2 baby. tapi mcm takde yg aku bkenan plak;P siyess lme gile aku tak pegi alamanda, hehe excited pun ade smalam. smpai2 sane jek memang terus ke food court, ayah aku ni mcm tau2 jek aku ni lapa. minum manggo n makan waffle jek..sbenarnye tiap kali aku g alamanda mst makan waffle ni..sedapp, kalau korg tak pcaya cube try makan;)


7day without en.Suami

hi peeps! dok bangi ni mcam2 benda yang aku makan. slalu makan sekali tambah, dok sini boleh jadi 2x tmbah plak hehe. maklumlah my mom yg masak kan. selera yg dah lame aku tunggu2 kan. kadang2 tu bukan la spesel sgt pn mak aku masak. kdg tu lauk goreng telur jek. tapi taktau la kenapa begitu selera aku makan. tula org slalu kate air tgn ibu ni memang lain;) pagi ni aku break1 ringan2 jek, makan bihun n kuih karipap. bile dah duduk rumah family ni, mak asyik nak suh makan jek. pantang aku tersebut makanan, time2 tu jgk dea nak carik kan makanan tuh. uhh, bestnye kalau selalu di layan camni kan hehe mcm tuan puteri jek rase;D.


teringat mase aku balik Bangi sebelum ni, kalau tak silap mase tu kandungan baru cecah 6month kot. mase tuh balik ade la rs macam nak makan lemang. tapi puas pusing smpai ke cheras takde org jual lemang. hehe, aku tak kesah sgt pn takde, bukan la ngidam sgt pun, cume tringin jek..nak jadi kan cerita, kemarin haritu aku ke pasar bangi dgn family, ade org jual lemang, terus mak aku suh beli jgk, dea boleh ingat aku tk dpt nk makan haritu hehe, punye la lame kot still boleh ingat lagi yg aku tringin nk makan lemang. camtu la perasaan seorg ibu kat anak dea kan;) tq mom! erkk topic crite pasal en.suami, tapi dah macam jadi crite makanan plak hehe..

harini masuk 7hari aku bjauhan dgn en.suami. alhamdulillah dapat jalani hidup mcm biase hehe. cume kesian je dkt en.suami hari2 call kate sunyi rumah. maklumlah dah dok sorg memang la sunyi kan. harap2 en.suami dapat bersabar, dah tak lame pun lg aku nak bersalin;) terpakse la dea hidup bujang kat sane, makan sorg2, minum sorg, tgk tv pn sorg2 hehe..tggu za balik oke dear! kat sini hidup aku takde la happy sgt, yela jauh dgn en.suami. kalau tak dea la teman usik aku, teman gurau aku. tapi sejak kebelakangan ni fikiran aku lebih byk fokus pd nak bersalin je. aku banyakkan berdoa. aku byk hafal2 doa utk mudah bersalin. banyak study cara2 nak bersalin. and aku banyak search kat tenet tentang org nak bersalin n pnjagaan lepas pantang..

dulu mase zaman mude2, slalu tengok org dapat baby 'seronoknye dea ade baby'. mungkin mase tu tak melalui sendiri, jadi kte rase sume nye macam mudah je kan? sekarang ni aku lalui sendiri, byk jgk benda nak kene blaja. nak kate takut tak boleh jgk, sbb sume org lalui detik camni, so aku pun mesti boleh jgk kan?hehe.. harap2 sumenye selamat nanti..aku doa dikurniakan baby yg sihat and sempurna sifatnya..amin..
insyallah kalau en.suami ade kesmpatan next week balik Bangi. yeyy! harap2 en.suami tak bz keje mase tuh..tak sabar nye nak jumpe! cewahh hehe..




Wednesday, March 24, 2010

Amalan memudahkan bersalin

Surah An-Nahl: ayat 78-80

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/beranak/melahirkan anak, insya-Allah.

***************************************************
  "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."


"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".


Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin


Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.
Wallahu a'lam.
 


Tanda-tanda bersalin



2hari lepas aku ade terbaca blog my fren; syara. dalam blog dea bercerita tentang tips2 mudah bersalin. aku ingatkan aku je yg sebok2 mencari tips dalam internet. tengok2 dea pn same hehe..mayb tu la habit sume org yg pregnant kan..harini aku pun ade searching kat google. pastu ade terjumpa tanda-tanda nak bersalin. so aku ingat nak share same2;)

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja. Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mensyakki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.



Tuesday, March 23, 2010

Mood yg tak stabil - 36week


awal2 subuh lagi baby ni dah start menendang2 mcm sedang main bola. ikutkan hati memang sedap je nak tidur. tapi siyess memang tak dpt nak tidur kalau dea dah start kick2. kalih kiri pn tak selesa. kanan pn tak selesa. jawabnye kene la bangun jgk. aku nak cerita pasal kejadian yg berlaku di luar jangkaan aku cewahh!. mungkin normal kot utk org lain yg pregnant. cume ni first time aku rase.

kejadian ni berlaku mase jam 3pg tadi. selama ni org slalu cakap nanti kalau pregnant, sakit2 belakang, morning sickness, kejang kaki, bengkak kaki, muka sembab and mcm2 lg la simptom2 org pregnant ni.setakat ni aku takde masalah sgt. cume awal2 pregnant jek ade sket morning sickness, tu pun tak teruk. selalu org tnye aku 'ko takde rase kejang2 kaki ke'..mase tu kejang kaki pn aku taktau camane rasenye. tibe2 malam td lebih kurang jam 3pg, aku rase kaki kejang gile bahagian belakang betis. ya Allah, siyess smpai macam takleh nak bgn dah. emm, mase tu terus jek tringat kat en.suami. kalau dea ade mst dpt jgk bantu aku..hehe ni kene bdikari la sket:D .tgh pagi2 tu malas nk pggl parent. lebih krg 5mnt aku try tarik kaki tu alhamdulillah pulih mcm biase. 

tapi start dari tu badan dah mula rase tak sedap je. lenguh2 je rase. mcm tande2 nak keluar dh ke tu eh? em aku pn tak tau sgt;) tu yg mood jd tak bape stabil tu. area tummy pn macam dah makin berat je ni..perot dah smakin boyot. nak jalan laju pn dah mengah sgt hehe..mcm ni la kan mak kite mase pregnant kan kite..betapa besarnye pengorbanan dea slame 9month bawak perot ke hulu hilir..'baby nanti jadi anak yg bguna ye,mudah2an jadi anak yg soleh' aminnn...

skang ni nak jalan jauh pn dah mcm risau..kalau ikut kan hati ni nak jek jalan shopping kompleks. tapi risau plak kalau tbe2 rase sakit. mak aku pn risau tgk aku ni jalan laju jek. boleh dea kate aku ni tk macam org len pregnant. asyik gelak2 jek keje..uwaa! abihh tu nak suh aku nangeh ke,hehe..nanti sambung lg la ye, tata!


Monday, March 22, 2010

cerita buah manjakani

 ni la buah manjakani, rupe pun dah nampak keras 
cam batu kan hehe..

sejak balik ke bangi ni aku mcm takde mase lagi nak berehat2 hehe, bukan bz buat keja pn. cume maklumlah baru je sampai ade jek aktiviti bersama family. jalan sane, jalan sini, makan sane, makan sini, emm..tambah2 la Kg aku ni nnt kot hehe. dr awal pregnant smpai skng ni alhamdulillah berat aku taklah mendadak sgt naik. bukan nye aku berdiet, tapi takut bahye jek berat blebihan nanti. dr awal pregnant smpai hari ni berat aku lebih kurang 8kg naik. hehe banyak jgk tu. tapi ok la kan;) lepas ni taktau la sng turun ke tak aku ni. risau jgk kalau ssh nak kembali bentuk asal cewahhh! macam berat asal slim sgt hahaha!..insyallah mase pantang nanti aku akan pantang sepantang2 nye.hehe harap2 takde la gangguan utk aku breasfeed nanti..semalam sepatutnya nak beli 'buah manjakani' utk buat jamu sendiri. tq utk kak ipar. sebab atok dea yg mengajar betapa bagus nya jamu manjakani yg buat sendiri ni.

nak buat jamu ni tak la susah sgt. cume 'buah manjakani' tu keras mcm batu. so, utk nak jadikan jamu kite kene tumbuk sehingga halus. em taktau la bape lame plak nak menumbuknya tu. hehe sian my dad. tapi utk aku segala2nye dea sggp buat. tq dad! hehe. buah manjakani tu lepas tumbuk hancur, boleh la di simpan utk kegunaan mase bpantang nanti. byk sgt kebaikan manjakani ni. selain mempercepatkan baik luka, mmg sgt bagus utk org yg lepas pantang. serbuk manjakani yg kite tumbuk tuh, ambik air sket, pastu gentel2 kan..haaa skejap jek dea terus beku jadi cm sebijik jamu. gentel la besar mcm bijik kacang tu. serbuk tu terus keras ibarat mcm boleh cpt kan baik rahim kita. selain pada tu, bagi yg jahitan mayb terlalu banyak, serbuk ni boleh jgk di sapu kat tempat luka jahitan tu. memang sgt cepat sembuh.


semalam aku sempat lg bershopping dgn family. bukan shopping byk pun. tinggal tgk sket2 mane barang yg takde je lagi. mcm tilam bantal baby aku beli asing yg utk kat bangi. sng sket tak payah la nak kene berangkut bwk balik nnt kan..smalam cume pegi jusco je. brg baby tk byk beli pun, sbb dah prepare dr sane. sume beli brg2 aku je macam nursing bra, dispo panties for maternity, stokin, etc. lame tak jalan2 ngn family, happy sgt;) sampai2 jusco tu jek perut aku dah kene tendang2 tanda lapa la tuh hehe..terus makan pizza. nyamm! dapat jgk makan my fav speggeti;)

menu fav aku kalau di pizza, nyummy! wajib order oke;)

kalau makan piza ngn family, mesti pilih piza ni; island supreme

p/s; bagi yg nak berpantang lepas ni, ape kate cube try buat jamu manjakani tu sendiri. same2 la kite mencuba eh, hehe slamat mencuba!


find my confinement maid

 sepanjang aku dok Bangi ni mcm2 benda aku makan. ape tak nye my mum ni mcm2 benda nak sumbat, konon nye lepas ni pantang so dh tak dpt nak makan, uwaa! penat jgk jd nya asyik makan jek hehe..lepas ni penat la aku nak menyelimkan balik tubuh ni hahah..buat mase skang ni aku tgh bz utk cari bidan yg boleh nak urut org bersalin. bukan la susah sgt sbenarnye, tapi mayb disebabkan aku ni agak sedikit cerewet, tu la yg jd problem nye. aku rase bukan cerewet kot tp kalau boleh nak yg btul2 boleh mengurut org bsalin. bukan setakat urut jek, kalau boleh siap buat mandi air herba+bertangas+tungku+naikkan peranakan<--sgt penting, tapi tak sume bidan boleh buat.+massage+etc.

ade dalam 3,4 org jugak yg aku dah try call n tanya mcm2. ade satu tu aku dah rs macam ok, tapi masalahnye dea terpakse datang urut selepas magrib..em, slame ni aku tak pnah plak dgr org mengurut bersalin lepas magrib. reason dea sbb skng ni terpakse jaga cucu waktu siang..uwaa! mane boleh cmtu, org yg dalam pantang ni kalau boleh bgn pg tu dah nak kene mengurut bg fresh sket.hehe..so disebabkan cmtu aku cancel jek yg tuh.. last skali aku ade dapat kat area dato abu bakar baginda. tak silap aku dia ni dah mengurut org bsalin dkt 38year. pengalaman dea tu membuat kan aku mcm yakin la jgk. lg satu yg aku suke dea ni seorang yg membuat jamu bersalin sendiri. urut dgn dea lebih krg 2jam setgh. siap tungku and sume2 yg patut utk org lepas bsalin la. dgn org ni mengurut lebih kurang 3-5 hari. tu pun bergantung pada badan. mayb boleh terus sampai bape hari yg kite nak. sehari tak silap aku dea cas rm80 kot. tapi aku tak tau la lagi betul2 bagus ke tak khidmat dea ni. harap2 ok la kan;) 

baru je td aku buka laman susuibu.com tibe2 ade jmpa org suggest bidan kat area bangi kate dea bagus. selain mengurut dea buat bertungku, bertangas, mandi herba, lulur em, ingat nak try call jgk la yg ni nanti hehe, ingat nak beranak ni mcm senang jek kan;pregnant pastu terus letopkan baby jek, tapi banyak jgk benda yg nak kene prepare. selain kekuatan mental n fizikal barang2 baby, barang ibu, tukang urut pn nak kene carik hehe..senyum sorang je aku;)

Saturday, March 20, 2010

peristiwa 'gatal'

ni mase kat putrajaya teman mak amik ubat

 jumaat haritu ade satu peristiwa yg jadi kat aku. balik je dr minum pagi tu, terus ke klinik utk checkup my baby, mcm biase di sebabkan aku nk tukar checkup terus kat bangi so aku kene la bua appointment tlebih dahulu. mak aku suh bsalin kat putrajaya jek. kate dea bersalin mane2 pun sakit same je haha. bile pikir balik ade betul jgk kan. sbenarnye mak aku dulu pnah kene operate kat putrajaya so dea mungkin rs selesa dok sane tu yg suh aku dok situ jek..mule2 dulu ingat gov sepenuhnye, tapi separa rupenye. disebabkan mayb nak book putrajaya, hospital tu plak tak boleh main masuk jek nanti. kene plak buat booking like private hospital. aku kene la prepare surat doc yg pnah checkup aku. uish takkan aku nak kene balik kulim balik kan?hehe so aku kene la mintak surat Doc yg checkup aku kat Bangi. mayb esk aku punye urusan baru dapat selesai..hopefully cmtu la kan..pagi tu aku teman mak ke putrajaya utk ambil ubat. untung btul mak aku sebab ade kad pesara, layanan sgt cepat n bagus hehe..

no giliran mase kat pusat rawatan islam az-zahrah

lepas selesai tuh, kami semua balik rumah. tibe2 jek aku rase gatal2 kat kaki. wahh, nak kate ruam mcm bukan jek. mcm kene ulat bulu pun ade.iskk tensen jgk sebab sgt gatal..malam tu sebab tgk mcm tak reda lg, pegi la amik ubat kat pusat rawatan islam az-Zahra. doc tu just bg ubat sapu ngn ubat pil sket. tapi aku tak makan pn. risau plak pregnant2 ni nk mkn ubat. em sampai harini bijik2 kecik tu still ade lg. taktau la aku kene ape..harap2 cpt la baik..

*perpisahan terasing*

 
Perpisahan Terasing

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada insan yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi

Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Ataupun manusia
Yang berperasaan benci

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa jiwa kerana kehilangannya
Oh oh... mengapa terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari dia takkan kembali

Perpisahan itu sungguh menyedihkan
Tapi semuanya di tangan takdir
Kita dikatakan pasangan bahagia
Oh... kini terasing luka
Perpisahan mengasing kita


mesti pelik kan tgk tibe2 entry kali ni ade lirik plak hehe, sbenarnye lagu ni ade memory tsendiri, cewahh:p
kisah nye bermula mase zaman2 bcinta dgn en.suami. lepas je en.suami tamat blaja di GMI Cheras, en.suami terus bpindah and menetap terus di kulim<--hometown. mase zaman tu tk dpt la nk slalu dating lg, maklum la dah jauh hehe. kalau dulu tu tiap2 hari boleh jmp n makan same. lepas en.suami dh bpindah tu terpakse la bjmpa lbh krg sbulan sekali..ok la tu kan dr tak jmp2:)  tiap2 kali nak balik jek dr dating, en.suami mmg tak lepas nyanyi lagu ni kat aku. aku pn mule la chembengg<--sedih. hehe..

aku ingat kan lagu tu setakat kami dating2 je dulu. rupenye2 lagu ni terbawa2 sampai kami dah berkahwin..
smalam en.suami dah pulang kembali ke kulim. uwaa, sedih jgk la aku. mane tak sedih nye dea jela peneman aku setiap hari. ni tibe2 dea takde plak, mmg rse btul la 'perpisahan terasing' hahah..patut dalam plan en.suami balik harini;ahad,21mac10 tapi di sebabkan cuti sekolah tak sngke plak tiket bas sume habis. jadi terpakse la balik jgk malam td. berat jek rs nak lepaskan en.suami. sempat la jgk en.suami bisik aritu, dea pun rupe2nye ssh nak lepas aku dok bangi ni..rase mcm nak suh aku bpantang kat kulim jek. tapi aku kuatkn jgk hati ni sbb rasenye lebih selesa bpantang umah mak sendiri kan;) kesian je rs tgk smalam en.suami tpakse balik naik bas, sorg2 plak tu..bujang kembali laa eh:P

p/s; kpd en.suami nanti jgn lupe dtg jmp kami ye;) gonna miss u dear! jgn lupe bg Akon makan hehe


Thursday, March 18, 2010

bangi yg Indah;)

ni la anak buah en.suami;Nur Damia Insyirah. over happy plak dea dari aku hehe..mase ni kami baru je lepas makan, sempat la bergambar

yeyy! dah sampai pn kami di Bangi. perjalanan lebih krg 4jam. tu pun byk kali benti2 di sebabkan bawa budak kecik<--ank buah en.suami. pejam celik jek tak sedar sampai bangi dah. cuaca agak panas, tp nasib baik jalan tak berapa nak sebok. lebih krg 3x perhentian jgk kami berhenti rehat. kami balik naik pajero. barang aku n baby jek dah penuh satu pajero. sbaik nek pajero. kalau idak tersepit jgk la dok dalam keta hehe..sampai2 jek smalam lebh krg jam 4pm kot. smpai2 tu jek mak ngn ayah aku dah siap2 prepare makan, nyamm! siyes aku rindu sgt lauk mak aku masak. menu smalam ikan tenggiri masak lemak cili api, udang sambal petai, bendi goreng, sayur tauge besar<--fav! hehe lagi satu menu tambahan satay kajang, yummyyy! hehe rindu dah nak makan satay kajang. slalu satay kulim je  makan hehe..

sampai2 tu jek perut mmg dah lapar. melantak la kami sume;) bertambah2 makan oke! hehe..tq mak hidang lauk yg lazat2..tapi syg nye aku tak sempat nak snap gambar. hehe takpela takut nnt korg terliur plak tgk gmbar:p lepas selesai sembang2 sume dkt nk magrib family mertua sume pulang ke kulim. di sebabkan harini ade kenduri, jadi ayah mertua terpakse terus gerak balik malam tu jgk. tq utk family mertua sebab sanggup hantar aku balik bangi mcm semata2 jek. ms nak blk tu, sedih plak nk bpisah ngn family mertua. yela lepas ni dkt sbulan jgk kot br dpt jmp balik hehe..

tapi aku tensen sket la, pasal broadband kat bangi line tk bape kuat. asyik mati2 jek. sakit plak hati aku haha. baik pegi wifi free jek kt kedai mamak:D takpe la janji boleh jgk on huhu..


Wednesday, March 17, 2010

tata aunti syara!

xora yg baru bangun tido sempat pose lg hehe

tghari tadi my fren;syara dtg umah aku. walupun tak lame sgt tp happy sbb dah lme kami plan nk jmp, tapi tak dpt jmp2 jugak. akhirnye sempat jgk jmp kejap sbelum aku nak blk esk.hehe tq syara sudi dtg umah aku. tapi aku rs sebesalah sgt td. sebab tk dpt nak hidang dea makan n minum ape2. sebab nye umah aku dah clearkan stok makanan. disebabkan esk aku nak berangkat ke Bangi tu yg abih sume brg makan kat umah hehe. sian betul kat dea..sebaik dea kate dh makan tghari td. sory sgt syara eh. insyallah next time aku main masak2 utk ko;) sempat la jgk xora tertido td kejap. cuaca agak panas, jd dea pn tak bape selesa. umah aku takde air con hehe sian kat anak dea. nnt aunti pasang air con tau hehe:D 

 mengembang sungguh pipi aku haha..geram jek tgk syara's tummy:D

Byk juga benda yg sempat ktorg sembang kan. disebabkan same2 tgh boyot jd isu yg byk kami sembang sudah semestinye ttg pregnant n nak bersalin nanti. hehe tq eh syara sudi share crite kat aku;) mase awal2 syara smpai umah tu aku terkejut jgk tgk tummy dea, besar hehe,mayb sbb bdn dea kecik tu nampak besar ,sebelum ni jmp xora dea mcm agak takut sket kat aku, maklum lah first time jmp and tak biase lg. tadi xora dah mcm selesa n mcm dah nk mula ramah hehe..bestnye td xora senyum kat aunti..nnt kite jmp lg tauu hehe..



p/s; aku doakan semoga aunti syara n baby selamat nanti..
and dikurniakan baby yg comel n sihat aminn;)
     
*tata, esk aku nak balik dah, nnt ade mase kite jmp n makan same2 lg eehh..takecare dear!

90 Days For Moms - 1Million Signature Campaign



Dear All,

Below is the link to the website holding the Signature Campaign for 90 days paid maternity for women.
Kindly log on and participate in the Campaign. This is the first time ever a 1 Million Signature Campaign is being mooted to urge the amendments of the law. Come on, join me in making this work.

http://www.nube.org.my/pd/petitionE.aspx - English version

http://www.nube.org.my/pd/Petition.aspx - Bahasa version

Forward this to all your friends, family and the public to get them to sign the campaign.

People power - lets make the difference.
Thank you.



*i got this from Aunti Syara..thanks babe!:)


Monday, March 15, 2010

kulim terchenta;(



 Uwaa, tgk topic ni jek aku dah mcm sebak je rase hehe. lebih kurang 2day jek lg aku akan tgk kulim ni. walupn takde ape2 yg best sgt kat kulim ni..tapi aku dah rs mcm sebati jek dgn jiwa ni, lagi2 insan tersyg ade kat sini hehe.lepas ni terpakse la hidup bjauhan skejap dgn en.suami. bermula la pla kisah aku bersama family terchenta di Bangi. lepas ni en.suami blaja jd hdup bujang kembali la kan?wahh sronok nye dea kot?hehe..ke sunyi kot de takde di sisi cewahh! sebak jek rs mase packing barang2 baby utk di hangkut ke Bangi. tinggal barang aku jek yg tak bape nak ready..lepas ni bermula plak la kisah shopping aku bsama family di bangi plak hehe:)

Kat bangi kompom2 my family tak sabar nak menyambut ketibaan ku. hehe maklum la tak lme lg nak menyambut cucu baru. insyallah cucu pertama boy. aku harap2 sume nye dipermudahkan dan sihat2 hendaknye..berdebar oke! dah malas nak kire date. bukan ape, makin kire rase mcm makin dekat je lg mase ni berjalan..aku dan en.suami dijangka pulang ke Bangi Khamis ni. mayb bergerak awal pagi. disebab kan keluarga mertua takmo en.suami balik kulim drive sorg, so aku pulang ni di apit oleh sume family mertua hehe..excited sungguh mertua aku ni. belum sempat bby nak keluar lg dah nak berarak hantar aku balik Bangi tq utk family mertua.

kadang2 tu risau jgk nak tinggalkan en.suami sorg. maklumlah, biase nye sume makan minum, pakai dea aku yg uruskan<--keje suriumah haha, tapi ni bila aku dah takde ni terpakse la dea blaja balik mcm hidup bujang hehe, pasal makan aku tak risau sgt yela, skang ni makan kedai je lg sng:P .lg satu aku tak risau sgt sbb family mertua pn bdekatan je dgn rumah, so boleh la tgk2 kan en.suami. kami ni mmg mcm belangkas, pegi mane pun mst berdua. jadinye nak berjauhan ni rase mcm berat hati je...harap2 en.suami dapat la dtg jenguk aku kat Bangi smngu skali ke;)

Harini dah 16/03/10, dijangka due aku deliver dalam 20/04/10. lebih krg dalam sebulan je lagi. isk boleh ke aku nak lalui sume ni?kalau org lain boleh takkan aku tak boleh kan. jadi aku kene semangat! hehe..semakin hari baby ni semakin besar, semakin kuat kick dea. kadang2 tu aku rase kaki dea mcm nak terkeluar perut jek hehe. org kate laki mmg agak aktif sket yeke.? aku harap baby ni sihat n cukup sifat aminn..

p/s: doakan perjalanan pergi dan balik kami selamat sampai ye;) .bile balik bangi ni ape lg, teringat masakan my mom jek! misshh gileee.. 
* i`m gonna miss u dear & my Akon hehe *

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails