CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label kepentingan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label kepentingan susu ibu. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

Tips banyakkan susu


salam,
bila tgk mane2 website tentang isu pregnant, pasti tak tinggal problem masalah kurang susu di kalangan ibu selepas bersalin. seperti yg semua org tahu susu ibu adalah susu yg sgt baik utk bayi. Ade sesetgh mummy yg awal2 pregnant lg dah siap2 preparation memperbanyakkan ilmu tentang penyusuan susu ibu. camtu jgk dgn aku. ni pengalaman pertama, so memang sgt la 'zero' jadi aku terpakse buat banyak survey, searching internet, and banyak tanye kepada org yg lebih berpengalaman..Setiap org memang dikurnikan susu yang cukup utk baby yg baru di lahirkan. jadi kalau ade separuh2 ibu yg mengatakan susu nya tak cukup adalah mitos..insyallah Allah permudahkan segala urusan penyusuan nanti..kat bawah ni ade beberapa tips yg dapat aku nak share bersame korg..mane tahu kite same2 boleh cube kan:)

  1. Paling penting iaitu mind-set. Always think positive to breastfeed baby
  2. Niat dari awal untuk breastfeed 100%
  3. Minum air barli, longan kering, soya dan air zam-zam
  4. Bersihkan n*pple dgn air suam
  5. urut B utk stimulate
  6. urut daripada bahu kita sampai la ke B sebab urat2 yg mengeluarkan susu ada kat situ
  7. urut2 n cuci2 B ngan minyak baby
  8. bacalah ‘ya matin’ 70kali(al-matin ialah nama ALLAH dlm asmaul husna), dan tiup pada segelas air kosong dan minum air tu
  9. banyakan baca surah al-hujurat
  10. menyusukan newborn baby 1 hour after deliver
Insyallah dengan ikhtiar and semangat kite mampu menyusukan bayi secara ekslusif..ni jela yg dapat aku share utk entry kali ni. ade mase nanti kite sambung lagi hehe.. tata, selamat mencuba!

Tuesday, February 16, 2010

hikmah menyusukan bayi

tq utk auntie aisyah sbb forward email ni;)

KEHAMILAN merupakan antara tempoh paling sensitif dan kritikal bagi golongan wanita terutama yang bakal melahirkan anak pertama.

Ketika ini wanita hamil dihantui pelbagai perasaan tidak yakin, bimbang dan ragu-ragu tentang keselamatan bayi dalam kandungannya.

Soalan-soalan seperti “Adakah tubuh saya terlalu kecil untuk menampung anak” atau “adakah tubuh saya mampu membekalkan nutrien mencukupi untuk bayi”, adalah antara yang mengusik naluri bakal ibu.

Ia menjadi masalah apabila persoalan tersebut mendorong mereka mencuba segala jenis makanan tambahan, susu formula, vitamin dan jamu di samping pelbagai ramuan tradisional sama ada ubat-ubatan herba mahupun jamu.

Ketua Perunding Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Seri Suniza Sufian berkata, lebih mengelirukan apabila mereka terpaksa mematuhi pula berbagai-bagai pantang larang setelah selamat melahirkan anak.

Salah satu contoh, wanita selepas bersalin sepatutnya minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan.

“Tetapi sesetengah masyarakat Melayu percaya, selepas melahirkan anak wanita tidak boleh minum air kerana takut ‘kembang’ atau vagina tidak segar dan longgar,’’ katanya.

Dr. Seri Suniza menjelaskan juga bahawa pengambilan makanan tambahan, suplemen dan jamu tidak semestinya bagus untuk kesan jangka panjang bagi ibu mahupun bayi yang dikandungnya.

Menurutnya, ibu hamil hanya perlu tambahan 10 peratus daripada zat nutrien diperlukan manakala ibu yang mengamalkan diet normal (seimbang) pula tidak perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan setiap hari.

Ini kerana, suplemen banyak mengandungi multi-vitamin yang boleh menambahkan lagi berat badan.

Yang penting, kata beliau lagi, adalah menambahkan zat besi atau ferum dalam diet seharian agar tubuh badan sentiasa segar dan sihat sepanjang kehamilan.

Salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan mengembalikan bentuk badan asal selepas bersalin serta turut diamalkan oleh pelakon Hollywood terkenal, Catherine Zeta Jones, adalah menyusukan bayi.

“Mengikut kajian, ibu yang menyusu sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas kelahiran akan lebih langsing berbanding ibu-ibu yang tidak memberi susu badan kepada bayi mereka.

“Namun jika ibu menyusu itu masih kekal dengan berat badan sewaktu hamil adalah disebabkan mengambil suplemen berlebihan kerana ibu terlalu bimbang dan kurang yakin lalu makan lebih daripada sepatutnya,’’ ujarnya lagi.

Dr. Seri Suniza memberitahu, manfaat penyusuan di kalangan ibu tidak terbatas lebih-lebih lagi dalam membantu mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin yang merupakan penyebab kematian materniti utama di dunia.

Jelas beliau, ia mengurangkan risiko anemia yang disebabkan oleh kehilangan darah selepas tempoh dua jam pertama bersalin.

Di samping itu, proses penyusuan juga terbukti 98 hingga 99 peratus berkesan mencegah kehamilan pada tempoh enam bulan pertama selepas kehamilan jika ibu menyusukan bayi secara eksklusif sepanjang tempoh itu.

Ia juga dapat mengurangkan risiko kanser payu dara, ovari dan endometrial yang dipengaruhi ketidakstabilan hormon estrogen serta mengawal kolesterol.

Justeru, golongan ibu seharusnya tidak berhenti menyusu sewaktu awal usia bayi kerana banyak manfaatnya kepada kedua-dua mereka.

Bagi ibu bekerja pula, alasan sibuk kini tidak lagi relevan kerana terdapat banyak kemudahan dan kelonggaran khusus untuk mereka demi menggalakkan amalan menyusu.

Lebih-lebih lagi pemakanan yang diterima oleh bayi pada enam bulan pertama akan mempengaruhi kesihatannya sepanjang hayat. Ibu merupakan sumber khasiat bayi yang utama, oleh itu adalah penting untuk ibu meneruskan diet yang tinggi nutrien melalui pemakanan secara sihat.


Sunday, January 24, 2010

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu

setelah 3hari tk menulis blog, tibe2 rase rindu cewahh hehe, harini bosan plak, en suami bekerja; utk menyara isteri yg asyik mkn jek haha..em, ape ek nk share kt blog ni..hari2 cume terfikir detik2 bsalin jek, tktau la knape.
mungkin aku ni tkde pengalaman, so mcm2 la yg terbayang kt dlm kotak fikiran ni hehe..semua org mst rase sronok dgn hadirnye sorg cahaya mate. tapi tktau la seronok ke tak memikirkan saat n detik utk bsalin tuh..di sebabkan aku ni mmg seorg yg tkde pengalamn pregnant,n bsalin so aku mmg byk mhabiskan mase bsama buku.em org kate 'ehh rajin nye ko bace buku mse ngandung' emm bukan ape aku tpakse study n mengumpul maklumat sebanyak mgkin tentang ibu mengandung, bersalin, berpantang n breastfeeding..

KEBAIKAN SUSU IBU <--info dr internet; copy jek hehe~

Menurut Penolong Pengarah Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.;Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan; katanya kepada Bernama.Katanya susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.

Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.;Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan; katanya.Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit. Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari. Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
 
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
 2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi

  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu

  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.


    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails