CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 31, 2010

Bukti keagungan Tuhan

Perjalanan panjang sperma menuju sel telur

Sperma yang telah bersusah payah berenang siap membuahi sel telur

Pembuahan

Dinding rahim yang siap dibuahi

 
 Sel telur yang dibuahi menuju dinding rahim

Embrio mula terbentuk; disini awal yang terlihat adalah awal pembentukan kepala

 
 Sudah mula berbentuk

 
 
  
Manusia sempurna yang siap berjuang untuk terus hidup


  
  
 


Saturday, January 30, 2010

third prize winner! haha

smalam aku dan en suami keluar ke BM; bukit mertajam. konon nye nak g amik barang. taktau la barang ape. yang aku tau kemarin en.posmen ade tinggal kan sekeping kad dr nationwide express. em kami pelik jgk sape plak yg nak kirim barang kat kami hehe..3hari sebelum tu en.suami ade dapat panggilan telefon yg mengatakan kami menang satu peraduan cabutan btuah. erkk pelik jgk pikir peraduan ape plak yg kami pnah masuk. mungkin mase beli brg letrik kami ade masuk cabutan bertuah peraduan tu layak sbb ktorg beli brg letrik byk..

ptg tu en suami pun terus buka website brg letrik yg kami beli. tgk2 dalam tu memang ade cerita tentang cabutan bertuah ni. makna nye tak salah dgr la en suami ni tadi. hadiah pertama 3x kereta viva, hadiah kedua 20x LCD TV, wah kalau dpt tmpat prtama tu syok jgk blh jual viva tu haha..tempat ketiga dalam hadiah barangan kesihatan 'Gintell e-slimm advanced slimming belt'.

sambung balik cerita pasal ktorg g ke BM td. tercarik2 jgk la kami kat mne tmpat nationwide tu. maklum la area BM ni agak sebok jgk. sbaik la dorg ade tinggal no phone..last2 jmp jgk tempat yg kami cari. smpai2 jek kat opis tu tgk2 dah tutop, sakit nye hati aku hahah..punye la bsemangat dgn pakaian cantik. tgk2 tutup haha..pastu call org tu blk, dea bgtau buka half day jek, sbaik la dea dgn baik hati kate ptg nnt dea tlg hantar smpai umah...

otw balik tu aku dgn en suami singgah kedai makan fav dulu. kedai tu lauk tghari dea sedap..rmai org plak tu, menu aku mcm biase ikan kembong bakar, kuah sket, ulam2 , smbal belacan n air sirap <--air laici tkde plak time tu:D en suami tk byk plak mkn ms tu, nasi lauk ikan keli bakar, ulam bendi ngn smbal belacan. slalu en suami ni kalau mkn lauk mesti penuh pinggan hehe. lepas tu ktor terus balik umah..
lebih krg dlm 1/2jam lepak kt umh. en posmen tu pn smpai umah. punye la suspen aku ngn suami nk buka surat tu. budjet konon2 nk dpt viva tula hahah..bukak punye bukak tgk2 dapat third prize winner haha, gelak sakan aku ngn en suami. tp ade gak la muke cm tak puas hati sket hehe..takpe la ok la jgk dpt set slimming belt tu. harga pn dkt rm500 kot. kalau tk dpt hadiah ni tkde la nk belinye kot heheh:P

disebabkan kami menerima jemputan ni, so terpakse la bersiap sedia berada di KL pd hari jumaat 5feb2010 dr jam 10am-12am hehe..kebetulan plak kami dah mmg ade planning utk balik bangi pd mnggu tersebut. yang pelik nye aku blh teringin nak naik keretapi, erkk~ pelik2 btul la aku ni..kalau tkde ape2 aral harap2 tercapai la impian nk balik naik keretapi hehe! yeyyy~

Malam tu aku dn en suami dh boring tktau nak mkan ape, last2 pusing kat giant kulim..habis pusing sume tmpat mkan..tibe2 lalu dpn rasamas. akak promoter tu pn promot la mcm2 kt ktorg..tibe2 jek terus masuk hahah..lawak plak. masing2 dh tktau nk mkn ape, ms tgk menu tu mcm sume nk order, last2 aku order chicken chop+muffin+ais lemon tea dan en suami chicken rice+percik+mushrom sup+ais lemon tea. hehe
punye la xcited nak mkan smpai dh abih mkn baru teringat nak snap picture haha, jgn mare yeee!


Resipi @ petua semasa berpantang


Tengah syok2 tgk blog2 org, tibe2 tpandang ade entry tentang menu berpantang,
so aku amik la sket2 mne resipi yg aku berkenan and mungkin korg pn blh try jgk.
aku rase tk semestinye utk org pantang jek, bg yg rase2 nak diet ke, ape kate blh try jgk hehe..
secara tk lansung blh jage kesihatan badan jgk kan?:D
aku amik resipi ni bukannye takde resipi sendiri tapi kdg2 teringin jgk nak try resipi org lain kan. mane tau sedap plak hehe, tp menu org bpantang ni ade ke yg sedap?haha yg aku plg ske sgt pegaga. sbaik la aku ni mmg jenis hari2 kene makan ulam2an. so harap2 nnt takde la masalah utk aku mkn ulam pegaga ni. ulam pegaga ni bagus utk ibu yg menyusukan anak. selain pd tu lobak putih pn boleh membantu dalam memperbanyakkan susu. cewah! aku ni mcm dah ade pngalaman jek, bukan ape saje2 nak share ilmu yg aku dpt dr buku hehe..

kat bawah ni aku nak share sket petua nk bykkan susu:
1. makan sayur kobis @pun lobak putih buat masak lemak
2. Minum banyak air (kalau separuh org ikut zaman dulu2 punya petua mmg tk blh minum air byk takut kembang, tapi terpulang la kan) hehe
3.Makan makanan berkhasiat; coz kalau kita makan makanan berkhasiat, susu kita agak pekat dan sedap
4.Kena set dalam fikiran yang susu kita banyak dan kita nak menyusukan anak lama.
5. Makan jantung pisang.
6. kurma <--amalan aku setiap hari
7. kucai +tauhu+tougeh
8. petola
9. kentang rebus
10. susu/ soya (soya takut baby kembung perut)
11. sayur sawi masak air atau just rebus jek
12.cheese/planta 
carta diet seimbang utk ibu hamil

1.KERABU PEGAGA

Bahan:
1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil
1 cawan kelapa muda

bahan tumbuk...
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis
garam

cara..
1. tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa.
2. bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutup api..
3. kacau rata dan hidangkan..

2.HARUAN PANGGANG HALIA

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam

bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

Cara
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.

3.Sup Ikan Haruan

Bahan-Bahan

1ekor ikan haruan - dipotong keping
1inci halia - dimayang halus
6 ulas bawang merah - dimayang halus
1 sudu teh serbuk lada putih
2 1/2cawan air
Garam secukup rasa

Cara-Caranya

1. Panaskan periuk dan masukkan halia, bawang merah,
serbuk lada putih bersama air.

2. Biarkan mendidih dan masukkan ikan haruan. Masak sehingga kuah
menjadi pekat dan boleh dimakan bersama nasi panas.

4.Ikan Parang Masak Pindang

Bahan-bahannya:
3 potong ikan parang (agak-agak 5 cm lebar)
5 biji bawang merah(hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
2 cm kunyit hidup ( dikisar lumat)
2 batang serai (di tumbuk dan disimpul)
sedikit air asam jawa (ikut selera)
sedikit garam dan perasa (ikut selera)

Cara penyediannya:
Bawang, kunyit kisar, dan serai direbus dengan air (agak-agak kuah banyak mana yang digemari) tanpa minyak. bila dah mendidih, masukkan ikan parang, air asam jawa dan garam

5.Pegaga Masak Lada Hitam

Bahannya:
Sedikit santan pekat, 
Lada hitam (lebihkan), 
Ikan bilis putih, 
Kunyit hidup, 
Halia, 
Garam
 
Caranya:
Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk. Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat. Kira OK masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

6.AYAM MSK KERING
 
Bahan-bahan:

 
200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.

Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.


7.SUP AYAM
Bahan-bahan:
250 ml air
2 ketul ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari – dimayang
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan.

Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.

 
 8.AYAM LADA HITAM
3 ketul ayam
1 labu bwg putih..hiris halus
2 inci halia-hiris halus
3 sudu lada hitam tumbuk
minyak utk tumis

tumis semua bahan kecuali ayam, bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air...bagi ayam empuk..rasa garam dan gula...siap dihidang makan ngan nasi panas



9.IKAN HARUAN LADA HITAM

1 ekor ikan haruan
1 cawan santan
1 biji bawang besar – dihiris
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 ½ sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan hiris halus
4 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 ½ cm halia

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. Masukkan santan dan lada hitam.
2. Setelah mengelegak, masukkan ikan haruan, lada hitam, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa.
3. Masak sehingga pekat. Hidangkan.


Friday, January 29, 2010

Rahsia suami & isteri bahagia

Buat renungan bersama;

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI  
 
Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.
 
Teringat pesan ayah di suatu petang...
 
Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati, ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
 
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

K
esilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:


 

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka

Seorang wanita lalu bangun bertanya, Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?

Rasulullah SAW menjawab, Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
 
Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
 
Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, jawab saya supaya dia buka mata.
Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana .. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia. pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali memandang tinggi kehadiran seorang suami.
 
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

 

Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.
 
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
 
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.
 
 


 

Thursday, January 28, 2010

suprise b`day party

harini hari lahir aku; 29jan2010..hehe tk sangke dh 25thn umur. rase mcm baru 18thn jek haha. dah 25thn aku hidup, tahun ni tahun yg paling bmakna utk aku. sebab tahun ni first time aku sambut befday bergelar seorg isteri kepada seorg suami n bakal jadi seorg ibu. cewahh bunyik seorg ibu tu mcm insaf je kan hehe..tula lumrah kehidupan..harini hari jumaat, en suami terpakse bekerja. tak kesah la yg penting dea ingt befday aku;) em.. entry kali ni nk kongsi cite pasal suprise bday party aku mlm td..walaupun tk la sehebat makan kt hotel tp aku sgt appreciate ape yg en suami buat, tq syg!

28jan2010, 7:30am
kami keluar rumah pastu terus menuju ke rumah ibunda en suami hehe..dok sembang2 kat depan umah
lepas sembang2 jek aku ngn en suami terus g pasa malam kt area kulim ni jgk. hobi aku tiap2 mlm mest g pasa malam. pastu tiap2 hari nak kene beli kopok lekor. sbelum ni aku tk pnah prasan pn. br2 ni jek aku prasan hari2 dok mkn kopok lekor. ehh ngidam ke ape tu?ntah la...en suami smpai cakap ' esok bby ni keluar terus cakap ganu' haha gelak besar aku. lepas balik pasa..aku rase lapa, dah mmg patut time aku utk mkn pun. so kami pun terus menuju kedai mkn tempat fav ktorg. kedai tu biase2 jek, takde la best sgt pun. tapi mcm family ske la pegi mkn ctu..malam tu mcm2 hint aku saje cakap kt en. suami supaya ingt bday aku haha<--ade ke org cm aku ni? 'patutnye malam ni abg kene masak kat za' cewahh en suami ni buat blur jek..iskk tak bjaya aku ! pastu mase makan tu aku mcm tkde mood nk mkn sgt, sbb dah byk mkn kopok leko ms dalam keta. so aku cume order bihun tomyam jek. en suami mkn nsi grg cendawan+telo bistik..
aku mcm biase fresh oren n suami laici. mase makan tu aku penat pikir..'dea ni tak ingt ke mlm ni befday aku?' <--dalam hati je bkata,iskkk. tibe2 jek mulot aku tercakap ' lagi bape jam je kan za nk 25thn' hahaha lawak plak rase. mase tu en suami buat muke cm takde ape2 'ehh, betul la kan, malam ni befday syg, mcmane blh tk ingt ni, slalu mmg ingt tapi harini lupe' emm mase tu aku pn mcm sedih jek heheh, tp aku tk kesah pn cume sket kecik hati jek:D

lepas kenyang makan, kami pun balik rumah..balik2 tu jek aku terus mandi. pastu mcm biase terus lepak dpn tv. malam td mmg aku gile2 layan cite melayu 'jangan tegur lagi' hehe ule2 tk layan, pastu blh terlayan plak..abih jek cite tu, aku tktau nk tgk cite ape..aku mcm nak terlena. en suami pun ape lg start la dgn game dea. hehe..lbh krg pukul 11 kot,tibe2 jek ade satu lampu kereta pajero suluh umah aku.terangg.. 'ehh,mama mai umah tu' cepat2 aku bukak pintu. mase tu aku tkde pikir ape2 pun, sbb mak mertua aku mmg slalu dtg umh pun..yg ade ms tu bapa mertua, mak mertua, dik man, damia<--anak buah suami. tibe2 si damia ni ckp kt aku 'makngah, tadi kakak ade beli kek tau' ehh ms tu aku dh pikir mcm2 dah. mama buat muke takde ape2..pastu tibe2 en suami bawak brg makanan byk; kek, kfc minuman..lepas tu abg chaq n kak aida pulak dtg, terkejut gile aku ms tuh..rupe2nye en suami dah plan awal2 utk aku..malam tu muke aku senyum jek.tp aku selekeh sgt ms tu,dgn rambut yg serabai terus potong kek hehe..time ksh yg tak terhingga utk en suami!..

budak kecik ni pun nak xpose skali hehe
aku sgt serabai ms ni, harap maklum~


28jan2010 ; tengahari
aku dan suami sebok mengemas rumah. maklum lah walau pun dok berdua tak semestinye umah berkemas jek. bersepah blh tahan jgk la.hehe maklum la umah bujang jek:D penat jgk la berkemas2 siang tu..

ruang sudut gambar

ok la, sambung next time! tata


Tuesday, January 26, 2010

hobi @ addicted ?


mesti pelik kan topik ni, pada aku semua org ade hobi..kalau mase kite kecik2 dulu bile sebut pasal hobi jek masing sebok kate 'hobi saya bace buku' hehe tapi bile dh besar ni pikir2 balik tkde pn suke sgt membaca buku.hehe..harini aku bukan nk cite pasal hobi aku. tapi nak kongsi cite pasal hobi en.suami . bile sebut je pasal game, sume orang akan terbayang budak2 kecik yg ske main game. tapi suami aku ni dr kecik sampai now nk masuk 28 still mempunyai hobi 'game' haha..

aku ni tak kesah sgt dgn hobi si suami bmain game. yang penting hari2 ade dpn mata. dari hobi melepak2 keluar bsama kawan..lg hati ni susah,btul tak?hehe..si suami ni kalau sebut pasal game jek, kompom dr pg sampai malam blh bsembang haha..yang aku tau game yg dea main tu game 'online'. name game tu 'Granado Espada'. aku mmg la tk bape kesah sgt dea nak main game tu..tapi yg buat aku risau ni ,paham2 jela game online ni bkn mcm game zuma tu..game online ni kene la slalu melabur duit. haha..kalau lah kami ni bergaji sebulan dalam 10k tak kesah la sgt..tp takpela duit dea bukan duit aku hahah..jaat je!

baru2 ni monitor skrin si suami tibe2 tak blh nak on. dea pn dh mula gelisah, hehe tk snang duduk kot aku rase..yg paling tk tahan tu tv aku plak jd mangsa utk men game hahah, sbaik la tv aku jenis blh 2in1. dpt men game n tgk tv skali. so aku tk kesah sgt la. bil elektrik umah aku tiap2 bulan mmg dh kompom2 rm100++ hehe.mst pelik kan. dok berdua bil blh cecah sratus. pdhal umah aku ni tkde psg air cond pn. haaa ni sume gara2 on PC 24hour hehe..yang plg best skali tu..dah la PC on 24jam, siap sediakan satu kipas angin utk PC plak tu hahah. amboii2 bukan men lg kan cite psl en.suami ni?heheh..

aku ni hari2 dok umah..kadang2 tlg jgk la jage game suami tu. haha, laki bini ke cmni? blh tlg men game plak haha. bile pikir balik gelak sorg aku..kat bwh ni aku buh bahan bukti yg hobi suami ku smpai tahap ke ketagihan haha



Monday, January 25, 2010

Dahulu..dan Sekarang...


Kalau dulu nak jalan mane-mane mst contact mamber.then plan nk lepak mane..
tapi sekarang... nak jalan mne2 pun berdua jek dgn suami

kalau dulu nak makan tak pnah nk pikir nak masak ape harini,
maklum lah sume my mum dh prepare awl2 hehe
tapi sekarang...setiap hari fikir nak masak ape utk mengisi perut si suami <--penting nih! hehe

kalau dulu setiap hari hidup ni penuh dgn kawan2 n my family,
tapi sekarang...pandang kiri suami, pandang kanan pun suami hahah..

kalau dulu tiap2 hari keluar lepak dgn mamber,
tapi sekarang takde la camtu sebab dh ade tanggungjawab utk jage suami

kalau dulu nak gelak mcm org gile pun org tak kate ape2 <--yeke?
tapi sekarang kene jage sket tatatertib seorg isteri ,takut org pandang serong la konon;cewahhh hahah

kalau dulu jalan pimpin tangan dgn bf mesti ade org yang nak mengata, maklum la cemburu la kot,
tapi sekarang... jalan pelok pinggang pun org tak blh nak kate ape dah <--tu best kawen ni heheh

kalau dulu aku agak nakal sedikit ; suke buat keras kepala dgn parent
tapi sekarang...orang yg paling aku hormati suami,my mum n dad!

kalau dulu saye selalu berlagak 'single',
tapi sekarang..dh tak boleh hehe, lagi2 perut dah smakin ke depan<--preggy oke!

kalau dulu saye jalan-jalan, mesti bershopping kasut every week,
tapi sekarang..habit tu terpaksa buang, sebab banyak benda lain lg yg lebih penting dr tuh, lagi2 tgh pregnant, tk berminat sgt dgn kasut heheh

kalau dulu nak jerit panggil 'mak' macam dekat jek,
tapi sekarang..aku jerit macam2 mane pun mesti dah tak dgr, sebab jauhhh...

kalau dulu hidup saye selalu online internet,
tapi sampai sekarang saye still online lg hehe; <--mungkin up 2 date hahah
ni je cara2 utk mengisi mase lapang yg boring

kalau dulu saye di kelilingi oleh orang kl n bangi
tapi sekarang..sekeliling sye org kedah hehe<--my new hometown:D

kalau dulu selalu tgk orang ade baby..comel nye anak org tu hehe
tapi sekarang..saye dah mengandung, bakal pegang anak sendiri kot,hehe insyallah...

walau ape pun berubahan dalam hidup ni, kite sebagai manusia tetap kene
tempuh dgn redha..yang penting hidup aku kini lebih ceria n bahagia:)
tu jela cerita aku dahulu..dan sekarang...

jumpe lagii..daaa

Makanan yang dilarang utk pengantin perempuan

 RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad 

telah menceritakan :

"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah
dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak
bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada
Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah
berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana
baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin
perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)
tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia)
membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila
kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (
70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah
s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang
sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga
sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu
dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan
(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam
rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada
memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada
minggu pertama perkahwinan iaitu :


1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,
mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering
dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)
ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada
perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,
mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,
sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih
selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di
dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya
maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan
sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU
TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S." 






7month


25hb feb 10 usia kandungan baby ni masuk 7month. wahh mcm tk pcaya jek dh 7month..maknanye lebih kurg 2month je lg aku akan ke medan perang hehe..start from now aku dh kne prepare sket2 brg baby. bukan ape takut2 tlompat keluar awl plak si baby ni..tpi aku harap2 dea cukup 9month!hope so..
disebabkan aku takde pengalaman dlm preparation utk menyambut baby baru..jadi aku tpakse byk tnye2 org yg dah de experience n aku byk kumpul info dr magazine. dalam kepala aku mcm byk jek yg nak kene prepare, tp my mum slalu pesan jgn 'over' shopping utk baby ni..

List baby
  1. Baju - long sleeve, short sleeve, romper
  2. Seluar - panjang, pendek
  3. Barut baby
  4. Napkin
  5. Mitten n booties
  6. Tuala kecil
  7. Baby lotion, baby oil, bedak baby, baby shampoo/baby bath
  8. Minyak panas utk elak baby kembung perut
  9. Sikat bulu lembut
  10. Baby wipes
  11. Bekas bedak baby
  12. Steamer
  13. Bottle drying stand
  14. Bottle - small, medium
  15. Extra puting susu
  16. Termos
  17. Baby bath towel
  18. Besen mandi
  19. Pampers (sgt penting)
  20. Selimut
  21. Bag n warmer
  22. Cotsheet (alas lepas mandi)
  23. set tilam, bantal 
  24. bedding set
  25. Bakul besar (e.g. botol susu, termos, pamper etc.)
  26. Bakul kecil; utk brg lepas mandi (e.g. lotion, bedak, minyak, vicks etc.)
Barang yg tak semestinya beli sekarang <--hehe
  • Baby carrier cot
  • Play pen
  • Stroller
  • Travelling cot
  • Baby Car seat
  • Buaian
 List utk Ibu
  1. Set slpas bsalin - bengkung, jamu, etc.
  2. Maternity pad
  3. Pad biasa extra long
  4. Nursing bra
  5. Breast pad
  6. Breast pump 
  7. Bersedia utk berpantang <-- hahah~


    Sunday, January 24, 2010

    Kepentingan Penyusuan Susu Ibu

    setelah 3hari tk menulis blog, tibe2 rase rindu cewahh hehe, harini bosan plak, en suami bekerja; utk menyara isteri yg asyik mkn jek haha..em, ape ek nk share kt blog ni..hari2 cume terfikir detik2 bsalin jek, tktau la knape.
    mungkin aku ni tkde pengalaman, so mcm2 la yg terbayang kt dlm kotak fikiran ni hehe..semua org mst rase sronok dgn hadirnye sorg cahaya mate. tapi tktau la seronok ke tak memikirkan saat n detik utk bsalin tuh..di sebabkan aku ni mmg seorg yg tkde pengalamn pregnant,n bsalin so aku mmg byk mhabiskan mase bsama buku.em org kate 'ehh rajin nye ko bace buku mse ngandung' emm bukan ape aku tpakse study n mengumpul maklumat sebanyak mgkin tentang ibu mengandung, bersalin, berpantang n breastfeeding..

    KEBAIKAN SUSU IBU <--info dr internet; copy jek hehe~

    Menurut Penolong Pengarah Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.
    Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.;Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan; katanya kepada Bernama.Katanya susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.

    Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.;Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan; katanya.Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit. Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari. Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

    Penyusuan Susu Ibu

    Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

    Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
     
    1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
    •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
    • mudah hadam
    • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
    • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
     2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
    • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
    • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
    Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)

    • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
    • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
    • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
    • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
    • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
    Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
    • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
    • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
    • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
    • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
    Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

    • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
    • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
    • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
    • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
    • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
    • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
    Prelacteal Feeds
    Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

    Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

    Bayi

    • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
    • tidak akan mendapat kolostrum
    • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
    Ibu

    • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
    • boleh menyebabkan bengkak payudara
    • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
    Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
    • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
    • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
    • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
    • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
    • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
    • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
    Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

    • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
    • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
    • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
    • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
    Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
    • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
    • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
    • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
    • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.


      Thursday, January 21, 2010

      keajaiban Allah swt..





      Bila aku pikir pasal hidup ni, Tuhan ni adil..Dia mencipta setiap makhluk Nya semua berpasang2. malam dgn siang, langit dgn bumi, matahari dgn hujan, adam dan hawa. mcm tu la hidup kita ni dh tercipta nya lelaki utk perempuan n perempuan utk laki.walamakk, berfalsafah plak aku hehe..harini aku nk cite sket psl scan baby hehe. aku byk jgk dgr org tua2 kate 'scan baby jgn kerap sgt, tk elok' emm yeke? tah la, aku tgk mamber2 aku tu every month g scan, ok jek..hehe degil kan aku ni. aku tk la kerap sgt scan.skang ni lg seminggu baby aku nk naik 7month..tak sangke 7month aku dh bwk dia ke hulu ke hilir dlm perut..penat tau!hehe tp ibu sanggup, cewahh heheh, geli plak entry kali ni.

      sebelum ni ms usia bby ni 4month++ aku ade g scan konon2 nak tgk jantina, hehe tapi tk clear sgt..lps tu bile scan aku pn mls nk tau jantina. tak kesah la bby boy @ gurl..aku cuma harap bby tu selamat n cukup sifat..aminn..sebenarnye jauh kt sudut hati tu teringin nk bby gurl hehe maklum la dh tbiasa tgk anak buah aku pompuan. yg si suami plak tk kesah laki ke pom. semalam aku dn suami pelan nak g scan baby lg..saje2 jek pn nk tgk perkembangan baby. dlm mse yg same kalu blh kami nk tgk jgk boy ke gurl gerangan si dea hehe.
      aku g scan kt klinik pakar bsalin kt area tempat aku ni jek..dalam kepala aku ni mmg boy sbb aku ni jadi mls nk masak sejak2 baby ni ade hehe..pastu dh la bukan men kuat lg die 'kick' aku..isk2



      masuk2 jek bilik doc, mcm bese la aku kene bukak tunjuk tummy ku yg smakin membelon huhu..
      doc pn start scan baby..ms mule2 tu terus aku nmpak muke bby tu..ya Allah tktau la ape prasaan ms tu. mcm nk menitik jek air mate bile tgk baby tu gerak2 dlm skrin..aku bsyukur sgt bile doc bgtau 'jantung ok,tulang belakang ok, semua nmpak ok' ms tu aku nmpak tapak kaki dea, kecik sgt, em comel..hehe cume doc bgtau bby blm turun lg ke bwh..mgkn dea akan turun sket demi sket..ms tu aku dpt tgk reaksi suami aku bersungguh2 nk tgk skrin tu same2 hehe, mgkin xcited jgk kot:) lepas doc explain satu persatu tntang bby kami, aku pn tnye baby boy ke gurl heheh..doc terus pusing crk ...carik punye carik tibe2 terkeluar 2 biji telor heheh, sgt clear menunjuk kan dlm perut ni seorg lelaki..aku ngn suami saling bpandangan; senyum.

      balik tu kami pulang dgn gembira hehe, jmp di lain entry plak la yee


      Monday, January 18, 2010

      mengidamkah aku?

      Hari ni suami ku cuti lg,syok2 hehe. aktiviti harian tkde bt ape sgt, byk abih ms kat umah jek.mlm tu suami aku sebok dgn game. pastu aku ape lg mmg sebok menonton tv la huhuh..tibe2 aku tringat karipap mak aku..
      pastu aku tgk jam, mak aiii dh pukul 11.30 mlm. mane la aku nk crk karipap tgh2 mlm ni hahah..
      terus aku g dapur, tgk2 ape yg patut..tibe2 tpandang ade tepung, ade ubi kentang <--tp ade 3biji jek, uh~
      mcm sket sgt jek kentang tu..emm taktau la npe, aku nekad jgk nk bt kuih karipap mlm tu jgk, pastu aku usha suami aku..tgk dea tgh sakan ber 'game' .dlm hati aku pk kalau si suami dh nk tdo aku mls nk bt tp, tgk mcm tgh segar bugar jek,trs aku kupas ubi kentang..tumbuk bwg tgh2 malam tuh, haha ape la jiran aku kate agak nye kan dgr aku menumbuk mlm2 heheh..

      tibe2 si suami ke dapur, tkejut dgr aku tgh menumbuk. pdhal sebelum tu kami dh mkn mmg smpai nk pecah perut la kenyang nye..hehe tu dea pelik kalu tibe2 aku kate lapa. 'nk masak ape mlm2 ni?' , 'em nak buat karipap, tibe2 rase nk makan karipap' hahah tekejut jgk la si suami tgk aku yg nk tringin karipap sampai snggp buat tgh2 malam buta hahah...lepas siap2 menumbuk terus aku tumis bahan nk buat inti karipap..sng jek nk bt karipap ni, sbb tu la aku sggp buat jgk malam tu..si suami konon nk tggu sampai siap masak la..heheh tktau la larat ke tk dea menunggu tuh:D

      sementara tggu inti karipap masak, aku pn uli tepung. sbaik ade tepung lg kt umah ni. kalau takde kempunan jgk la nk bt karipap cewahhh..hehe lepas siap uli aku pn tekap la tepung yg dh siap uli bulat2 heehehe..tgh2 syok aku tekap tepung tu tgk2 suami aku blh terlena haha cehhh konon nk tggu mkn smpai masak. sabar jela aku. aku pn terus siap kn karipap aku tu. lebih kurang pukul 2pg sume siap..ingt nk goreng mlm tu jgk, tp pikir dh lewat sgt. takut aku sorg2 nk mkn karipap hehe..
      jadi menu sarapan pg aku utk esk la jawab nye heheh...yg penting aku rse puas hati btul dpt mkn karipap hehe, tu kah yg di namakan mengidam?ohh tidakkk:P tu name nye teringin jek heheh.. esknye tu
      suami aku melantak smpai dekat 10bijik karipap ahaha..sedap kot karipap yg aku buat ni?heheh
      kat bawah ni aku tunjuk gmbar sket ..

       sebelum goreng

       
      selepas di goreng; sedikit hangus hahah..

      Sunday, January 17, 2010

      saye bersama zaman bujang

      Bile di pikir2 balik zaman mude2 ms blaja dlu seronok gile. dah la dapat housemate yg sgt best dan gile! hehe. ms tahun 2005 aku study kt KPTMKL. kat situ la tempat aku knal dunia hahah..jd cam setan sket pn kt situ la..bukan ape ms dok ngn family mne keluar umah mlm2..bile dah dok ngn mamber lapa pukul 2 pg pn ktorg blh keluar melantak. tula sronok nye zaman bujang ni. zaman bujang aku ni rse nye mmg dh takkan jmp lg dh pn..rindu kt dorang sume hehe..


      ni kawan aku yg bernama julia. walupn sempat skejap je dok bsama, tpi rase mcm dh lame gile knal.dia ni satu2 nye kwn aku yg gile kt anuar zain.pastu seorg pengumpul cd2 cite korea hehe.skang ni dea dah bekerja kt USM penang..dapat gaji jgn lupe lanje aku ehhh:D


      kwn aku yg ni name noriza hanim. name manja anem hehe. aku ngn dea byk susah senang.dea pn ske share problem ngn aku.aku sng sgt bkawan ngn dea.lagi satu dea ni jenis yg sng nak bwk g mane2.dea ni pndai psl zodiak.so jage2 ye org kt luar sane hehe..miss u dear! ktorg mmg slalu abih kn ms bsama ms kt bangi,rindu gile zaman2 tuh!skang ni masih sambung study kt UPM. Good luck dear!


      housemate aku yg ni name maizura.aku panggil mai aje.ni mmg satu2nye kwn aku yg sgt gile2.kepala mmg masyuk mcm aku.kalu ngutuk org blh jd gang la ngn aku hehe..yg penting jiwa dea rowk!!kalu org tk knal dea mmg sume kate sombong,tp bile dh knal mmg gelak tk kering gusi la heheh..dea ni bijak sket dr ktorg. so kalu time exam aku mmg ske refer kt dea. skng ni dh keja kat MINT bangi..


      kawan aku yg ni name dea nor asiken. ktorg sume panggil ein jek..dea org johor.syok kawan dgn dea ni, bkn ape kdg2 ape yg dea bt tu mst menggeli kan hti ktorg. ms kt umh sewa dlu dea ni jenis ske tido plg awl, bgn pn awl pg. pastu ske tgk drama hehe..pstu bab2 menggatal ni bgtau jek la kt dea,kompom dea blh join haha..rindu btul kt dea..skang ni dea dah blk johor n keje pn kt sane..



      haa.. yg ni kawan aku bernama mira. name manje 'cebu'. tp skang ni tbe2 dh jadi mariam hehe,tak tau la knape?dea ni pn salah sorg kwn aku yg ske mengumpul cd2 cite korea,cina,jepun,kartun etc mcm2 la lgi.tapi yg plg penting ni minah industan heheh..dea ni sgt kelakar, dea seorg yg bijak cewah! hehe rindu sgt kt dea.. skng ni still bt deg lg kat UPM. awl thn ni mgkin tamat belajar. selamat bjaya kawan! haa satu lg pasal mira ni, dea kalau lapa kite cpt2 kene g makan ngn dea, kalu dh perut dea msk angin abih la berangin satu bdn dea heheh:)



      yg ni name dea shikin, atau lebih dikenali dgn name kin jek. dea ni org pahang. em dgn dea ni aku tk brape rapat sgt.tp dgn dea ni aku blh la nk share pendapat, cume dea mmg slalu ade pndapat sndiri n susah nk trime pendapat org lain hehe..satu lg dea ni seorg yg suka berahsia..so byk kegiatan dea yg kami sume tktau cewahh! heheh skang ni dea dah pn berkahwin dan kini sedang mengandung anak sulung. usia kandungan kalu tk silap aku awl sebulan dr aku mgkn skang dh 7bln lebih..smoga dea slamat melahirkan baby yg comel. skang ni dea dh bekerja kt kl..



      kawan aku yg ni bnama liza, dulu pn dea housemate aku yg kelakar gile hehe.kalau bt lawak kdg2 smpai mengarut yg bukan2 hahahh..bile tringat dea senyum je aku. dea ni berkulit putih. org kate gebu gitu! hehe dea suke makeup2 dan kini tcapai juga hasrat dea dh blh jd cekgu utk ajar org makeup2..haa kalau nk tau mse aku bertunang kwn aku yg ni yg makeup kan aku..cntik kan makeup dea?heheh dulu kat rumah dea la kwn yg sgt rajin exercise..ktorg pn follow tp kjap jek pastu melantak blk huhu..skang ni dea bekerja kat kl. semoga berjaya my fren!!


      dua2 org ni pnah jadi housemate aku kejap. walaupun tk brape lame knal tp ktorg dah cukup kenal hati masing2 yeke?cewahh! hehe yg belah kanan tu ktorg panggil yana n belah kiri tu wanee..dorg ni kire jr ktorg la.hehe dorg sporting, blh nk share pendapat. yg aku ingt psl wanee ni dea kalau tido blh shari tak bgn hehe
      yana skang dh keje kat bangi n wanee pn dh bekerja kt perak..yana dh bertunang, tk lme lg wanee plak nk tunang opss! bln feb ni kan heehhe..smoga sume nye bjalan dgn lancar.aminn...


      dlm gambar ni ade 3org,tapi yg pnah jd housemate ngn aku yg belah kiri n kanan tu. belah kanan skali ktorg pggl jaja n belah plg kiri tu ktorg panggil kiky. yg tgh2 tu name dea wanie. classmate aku hehe haii wanie:D
      jaja n kiky ni brasal dr pahang. dua2 ni kawan yg sporting. tak lma sgt dok ngn dorg. tapi dorg ni best la..dorg ni mmg manje hehe..skang ni kiky dah kje n jaja pn same kje kat kl.

      nanti sambung lg ye!!

      LinkWithin

      Related Posts with Thumbnails