CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 3, 2010

Senarai keperluan Ibu Berpantang


 Sebagai ibu bapa baru, tentu seronok untuk menimang cahaya mata. Tapi jangan lupa untuk menyediakan kelengkapan diri sendiri. Persediaan awal untuk kita juga penting, akan membantu diri kita lebih mudah ketika berpantang

Pakaian
  1. Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah berpeluh. 
  2. Kain batik – senang pakai kain batik kerana perut yang besar dan kain batik free size
  3. Pad bersalin – saiz lebih besar dan lembut berbanding pad period biasa
  4. Stokin – untuk elak kaki kesejukan dan angin masuk ke badan
  5. Bengkung/barut – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut

Makanan kesihatan/tambahan
  1. Susu – bergantung pada individu. 
  2. Pil tambahan kesihatan - bagus untuk memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor
  3. Jamu/herba bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan jamu/herba itu sesuai untuk kita. Jika ingin menyusu badan ada jamu/herba yang tidak sesuai.
Penyusuan badan
  1. Nursing bra – memudahkan penyusuan dan tidak merosakkan bra jika menggunakan bra biasa
  2. Bantal menyusu – mudah untuk menampung bayi, boleh gunakan bantal biasa namun mungkin kurang selesa. Jika tidak agak penat memegang bayi untuk tempoh lama
  3. Pad alas payudara - untuk elak susu melimpah. Kadang-kadang payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu. Sesuai untuk ke pejabat, ada masa susu akan keluar dengan sendiri.
  4. Breast pump feeding set – ada jenis manual, bateri dan eletrik. 
  5. Poncho menyusu – sesuai jika ingin menyusu bayi di luar rumah

Lain-lain
  1. Bidan/tukang urut – sekarang terdapat yang untuk spa dan untuk mengurut bersalin. Pastikan mereka mahir mengurut untuk bersalin.
  2. Batu tungku - bergantung pada keperluan. Bagus untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak. 
  3. Buku-buku panduan kesihatan, kelahiran dan penjagaan bayi – terutama bersalin anak sulung. Kadang kita lihat atau fikir mudah untuk menguruskan bayi. Namun sebenarnya bila kita perlu menjaga sendiri keadaan berbeza. 
Adalah baik membuat persediaan awal. Agar tumpuan sebenar ketika pantang adalah menjaga bayi dan mengamalkan jagaan kesihatan yang betul untuk ibu supaya cepat sembuh.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails