CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 18, 2010

Panduan penyusuan susu ibu bg yang bekerja


 Mengapa perlu memerah susu ibu?
  • Ia menyebabkan bekalan susu ibu tidak putus. 
  • Ia adalah makanan terbaik untuk bayi.  
  • Ia mengurangkan risiko bayi terdedah kepada pelbagai penyakit dan alahan
  • Ia mengelakkan dan mengurangkan bengkak payu dara. 
  • Ia mengelakkan infeksi atau radang payu dara (mastitis).    
Banyak Mana?
  • Memerah susu mungkin sukar dilakukan pada mulanya tetapi akan menjadi lebih mudah setelah dilakukan selalu. Jangan putus asa jika pada mulanya hanya memperolehi sedikit saja susu. Ibu-ibu yang sudah biasa memerah susu mereka boleh memperolehi bilangan susu yang banyak dalam 15- 20 minit. Kuantiti susu yang diperolehi berbeza-beza pada setiap masa perahan dibuat. Umur dan berat badan bayi juga akan menentukan kuantiti susu yang perlu ditinggalkan untuk bayi. 
Cara Memerah Susu Dengan Tangan
  • Sebelum memerah susu ibu, urut payu dara anda terlebih dulu. Tekankan kedua-dua belah tangan secara mendatar di atas badan di kedua-dua sisi payu dara. Lengan mestilah tegak di tepi. Sambil menekan dengan kuat, gerakkan jari secara perlahan-lahan ke bahagian puting dan areola. Untuk mengeluarkan susu dari lactiferous sinus, tekan dengan perlahan-lahan bahagian areola menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.
Cara Mengelakkan Reflaks-Let Down
  • Refleks let-down atau pancutan susu adalah penting untuk ibu mendapatkan susu yang banyak semasa memerah. Takungan susu tidak akan keluar sekirnya keadaan ibu tidak tenteram dan releks. Proses let-down boleh berlaku bila ibu menggambarkan wajah bayinya sedang menghisap susu semasa memerah susu. Beberapa cara untuk mendapatkan refleks let-down ialah :
  1. Releks dan perah susu di tempat yang sunyi dan jauh daripada segala kebisingan
  2. Letakkan tuala suam ( demah) di atas payu dara.
  3. Urut payu dara secara perlahan-lahan dan cuba bayangkan wajah bayi anda sedang menyusu.
Jika memerah susu di rumah, tunggu selama 30 -40 minit selepas anda menyusui bayi sebelum membuat perahan. Proses ini memberi masa untuk 'kilang susu' membuat tambahan.   

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails