Bagaimana merancang jantina?
Berikut adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak  anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan.  kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.
Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana  benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.
Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X.  Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).
Ciri-ciri benih:
Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati  berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan  benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Merancang anak lelaki
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka,  minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut  adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur  isteri ( ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan  ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air  bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum  mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh  dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah  air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi  tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk  dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan  jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan  jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
Merancang anak perempuan
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam ,  nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan  laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation).  Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh  dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute  lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Apapun segalanya adalah takdir Allah. Kita hanya mampu berusaha..
Untuk dapatkan anak lelaki
1- banyakkan makan sayur untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- deep penetration, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ni laju tapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki

Untuk dapatkan anak perempuan
1- banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2- subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum

Rujukan: Lubuk Petua Warisan 

3 comments:
adik..tgh merancanh nk dpt baby boy pulak ker??hehehehe.... ;P
ira; hehe tkde la ira, lambat lg ,
nk tggu iman besar dlu:D
o0o..iera ingatkn da nak merancang tambah baby lagi..hihihihi...... =P
Post a Comment